Agoda


Friday, August 11, 2017

Resipi : Satey Goreng Mudah dan Ringkas

Haaa...
Baru dan nak up entry satey goreng wei.
Ni pun da berkurun buat masa makan-makan raya hari tu
Actually satey goreng ni resipi dia sama ja ngn resipi satey bakaq tu.
Beza dia hat ni GORENG saja.


Jom tengok bahan-bahan and cara nya;

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada (potong dadu)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
Jintan manis
Garam
Gula
Kunyit

Cara-cara:

1. Blend kesemua bahan-bahan di atas kecuali ayam, kunyit,garam dan gula.
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam bekas yang berisi ayam.
3. Perasakan dengan garam, kunyit dan gula. Gula kena letak banyak ya sebab nak bagi satey rasa manis-manis.
4. Gaul sebati dan perap semalaman.
5. Keesokkan hari goreng macam biasa sehingga garing.

Sedap ni makan dengan kuah kacang and nasi impit. Walaweh....terliur pulak cerita dia.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png