Agoda


Friday, April 21, 2017

Travelog Perth : Back to Perth, from Albany

Selesai berjalan-jalan di Albany Wind Farm, kami pun terus gerak untuk balik ke Perth. Perjalanan lebih kurang 4hrs++. Tapi biasa la sebab ada pit stop nak singgah makan bekal la, nak shi shi la. Maka dia akan jadi lama la skit. Tapi kalau kat Msia ni boleh less than 4hrs ni. Sebab kat Msia banyak ja boleh speed sampai 110km/hr kan. Kat sini nan hado ya.


Ni la routes yang kami follow hari tu ya. Awal-awal tu kami ikut laluan dari Mandurah-Busselton-Margaret River-Albany. Kali ni kami short cut terus balik ke Perth.


Sebab tu aku gelak ja lah baca ada yang mengadu kat fb kena sama Aud350 walhal jalan dari Albany nak ke Perth tu xda kereta and diorang pecut saja. And surat saman sampai ke Malaysia wei. Ala korang, tolong la ikut skit halaju tu lagi2 kat negara orang. Tau kenapa diorang maju? Sebab diorang peraturan simple mcm halaju pun diorang follow wei...kita?nan hado jang...kat tengah2 Perth tu berlambak ja jalan2 4 5 lanes speed limit dia 50km/hr. Jenuh wei control kaki wei. Jenuh! Tapi follow ja lah kan kalau sayang duit kan. Lagipun nanti senang la kalau nak migrate duk sana, record clear...ehhhh.

Back to the story, memang serius cakap laluan yang kami amik ni jalan dia memang tak banyak kereta pastu speed limit macam kami cakap la kat atas paling laju 90km/hr kot. Kami tau laki kami berperang dengan perasaan dan kaki dia. Dalam hati memberontak nak tekan laju2. Bila tekan laju nanti gps menjerit..ting ting...over speed limit...kahkah. nasib woi takda surat saman sampai mai umah ni. Sebulan balik Msia penuh debaran takut ada surat cinta dari sana woi.

Sepanjang perjalanan tu takyah cakap la memang mengantuk kot. Dahla winter pastu cuaca memang mengundang ja nak lena. Aku ni jenuh la menahan mata nak teman laki aku. Time aku take over drive, dia tidur..tapi tak tahan daulat..sejam ja drive da mngantuk tahap nak guling-guling dah tauπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Last2 dia driva balik.

Sepanjang dari Albany ke Perth kami ada singgah satu tempat ni, macam town kecil la nama Kojonup. Singgah untuk makan bekal yang aku masak tu. Alaa, lungguk2 makan dekat park dia ja pun. Tapi sumpah tahap gigil sampai ke tulang wei.


Ni la kat kawasan park yang kami berhenti makan tu.


Cantik ja rumah diorang ni.


Teringin nak jalan-jalan kat kawasan rumah diorang ni. Tapi takut pulak kena tembak ka anjing ligan ka.


So cantik and damai. Pekan ni pun macam sunyi-sunyi gitu. Laki aku kata pekan orang pencen gitu haa.

Selesai ja makan, shi shi apa semua kami pun meneruskan ja perjalanan kami ke Perth. Fuhhh jauh lagi bhaiii. Kematu pungkoq.


Tetiba ja lalu kawasan ni.



Ehhhhhh..canola field la. Serius tergamam jap. Time ni aku terlena laki aku kejutkan.


Memang cantik gilos wei. Susah nak gambarkan perasaan berbunga-bunga time tu macam mana. Serius berbunga-bunga macam bunga canola ni jugak haihhh.


Nahhhh...macam wallpaper ja kan. Percaya lah, tengok depan mati lagi dalam hati duk Subhanallah...Subhanallah...cantiknya bumi yang Allah jadikan ni. Rasa menangis kejap sebab dapat tengok depan mata. I cryyyyy....


Out of no where dalam perjalanan nampak hotel ni. Classic sangat the buliding ok! 

Sampai Perth time tu da dekat time orang nak balik kerja. Banyak kereta but stil ok takda la jammed ka apa ka. Jitra pun lagi teruk jammed compared to Perth tau. Sebab tu aku kata Perth ni memang peaceful sangat wei. Serius sesuai untuk besarkan anak kat city macam Perth ni.

Bayangkan setelah few hours of driving haruslah lapaq kan. Seperti kelaziman kami da study awai-awai da port nak makan masa kt Perth kan. So destinasi seterusnya Charcoal Chicken Express di Daniella Plaza. Nanti kita sambung lagi ya next entry.

Benda baik kena share kan. Mana tau ada yang nak ke Perth ka nanti kan. 

Stay tune naas






2 comments:

  1. awat x singgah umah depa alia
    kut depa invite mnm teh ka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut hati mmg nak...tapi takut kena ligan dgn anjing time tu..dah la tngah boyot time tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png