Agoda


Monday, April 10, 2017

Shell Out lagi

Last weekend balik Jitra lagi sebab kali ni nak sambut bday Adriana dengan family belah aku pulak khen. Konsep dia macam ni, kena adil dan saksama. Baru la nanti xda yang terasa hati bagaikan. Lagipun, adik aku balik sama so apa lagi marilah memeriahkan rumah maktok. Kasi riuh randah sikit kan.

Mula-mula ingat nak makan kat luar ja khen. Nak makan kat Aman Jaya Mall tu ka. Tapi bila husband aku beli udang laut yang RM50 sekilo tu mula ajak mama aku semua buat shell out. Nah sekali depa pi pulak Kubang Rotan nak beli segala mak nenek siput-siput bagai. Maka marilah kita bershell out sahaja di rumah. Lebih meriah, lebih afdhol and lebih murah tu kompem!


Nahhhh...puas makan tau. Kalau kat kedai banyak satu plate tu mau dekat RM150 dah kot. Kalau 2 plates macam gitu? Mampu nak makan lat luaq banyak macam gitu.

Korang yang nak tau pasal resipi shell out mi boleh refer SINI tau. Senang sangat nak buat. Tak payah nak susah2 pun. Boleh jimat banyak pulak tu kalau masak kat rumah Shell Out ni. Lagi pulak dapat letak banyak gila bahan-bahan dalam tu khenn. 

Bila makan ramai-ramai macam ni puas gila kot. Lagi-lagi kalau 1 family rasa heppy sebab dapat makan-makan sambil sembang-sembang mengata hang aku kan. Sebenarnya kan, susah gak kami adik-beradik ni berkumpul serentak. Alhamdulillah raya tahun lepas rezeki kami dapat berkumpul 4 orang adik beradik kami. Kalau tak memang susah la, sebab sebelum ni adik aku based kat Jeddah kan. Harap-harap tahun ni pun sama la kan.

Tambah pulak mak aku ni bab-bab makan kat kedai ni dia cerewat Ya Rabbi. Nampak orang masak kuku panjang nanti dia balik dia boleh muntah tu belum lagi kalau ada yang benak hati perut duk pi smoking kat tempat orang ramai duk lepak makan kan. Eh aku pun sejak enter 3 series ni memang dah naik cerewat gak, aku pun geli kalau nampak orang kuku panjang masak makan. Euhhhh gelimat sangat. So perangai mak aku tu dah sedikit sebanyak menurun ke aku. 

Dalam adik beradik aku, kami semua tak kira lelaki ka pompuan empat-empat orang boleh masak. Gifted kot. Arwah abah aku pun boleh masak, boleh masak tu bukan setakat boleh masak ja tau. Tapi mai dengab pakej sedap. Kahkah. Perasan sangat masak sedap ke ni haa???

Dulu mak aku selalu pesan, kita orang pompuan ni tak kira la belajaq and kerja tinggi mana pun kena masuk dapoq and masak sedap-sedap untuk anak-anak and laki makan, sebabnya tu la pengikat kasih sayang laki and anak kat kita. Serius wei, aku duk boarding school for 5 years, menda yang aku paling rindu kat mak aku adalah masakan mak aku. I want my laki n dotters feel that way too. And sampai sekarang I still miss n love my late abah's cooking. Sampai sekarang kalau aku rindu bubur gandun abah buat mesti menitis air mata aku. Walaupun mama buat gak bubur gandum, but it taste different. That's my dad's cook that made me feel warm n comfort everytime I had it. But now, serius sedih tak dapat nak rasa dah.


Ehhh da cita pasal raya, makan n masakan pulak. Ni haaa baju raya pun xbeli lagi. Ingat nak pakai baju thun2 lepas ja. Hang bukan retis alia oiii orang nak perasan hang pakai apa πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Hampa da buat or shopping baju raya ka?

12 comments:

  1. Sedapnye.. Bila la nak merasa makan shell out ni.. Plan dah lama tapi tak menjadi aje.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Huihhh kalau macam ni lebih dari puas, makan pulak dgn family..perghh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la psal..pastu berebut2 pulak smbil mngata hg aku...seronok ja

      Delete
  3. SEDIH pulak bila baca bab rindu masakan mak tu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul...kalau boleh tiap2 hari nk mkn msakan mak

      Delete
  4. haaa betul kak.. buat kat rumah senang. nak campak apa semua boleh. mahai pun puas hati sendiri masak n pilih seafood apa nak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bahan mmg mahal skrg..tp kalau mkn kt luar paham2 je lah...kdg2 tak sperti yg kita harapkan pun

      Delete
  5. ssh kat umah ni wat shell out anak2 x mkn seafood
    nak bua kalau kena ada ayam goreng sekoq atas meja hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..org penang ka org mna ni xmkn seafood ni nak oii

      Delete
  6. Replies
    1. Boleh la utk tekak sendiri kan😊😊😊

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png