Cakap pasal Carrie Junior sapa yang tak tau kan. Rasa macam semua orang kenal. Kami pun masa kecik-kecik dulu mak kami pakaikan Carrie Jr bedak kat kami. Ada gambar gajah comel ni. Dari dulu mai gajah comel ni jadi trademark Carrie Junior kan.


Mesti familiar dengan iklan Carrie Junior, budak pompuan dengan Si Carrie ni kan.

Selama lebih daripada 20 tahun, CARRIE JUNIOR telah mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi. Sebagai jenama yang percayai dengan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti.

Kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pengguna mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan. Namun bajet yang ketat tidak bermaksud anda perlu mengorbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya apabila tiba masa mandi untuk si manja anda.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula, suatu pilihan penjimatan kos. Pek isian semula mudah guna, dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.

Pek isian semula baharu ini turut membantu memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan CARRIE JUNIOR Refill Packs, ibu bapa dapat berjimat dan menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik.

CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.


Pek isian semula CARRIE JUNIOR Baby Bath 500g berharga RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) manakala CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash terdapat dalam harga RM9.90* in (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.
*Harga termasuk GST.



Anak aktif mama ni suka mandi lama and main buih sabun lama-lama. Dengan adanya refill packs ni mama dia da tak risauagi😊😊😊





Tentang CARRIE JUNIOR
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
                        
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.


Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. selalu guna bedak talkum carrie jr yang besar punya sebab selalu guna dan wngi

    ReplyDelete
  2. aduh...dan2 teringat carrie junior aqil dh nk habis

    ReplyDelete
  3. hehehe.. bukan budak2 je suka.. tuaaa pun sukaa =D

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS