Assalamualaikum.

Tak jawab dosa! Korang tengah ngulor eh masa keja ni? Jaga-jaga nanti boss marah pulak. hehehe. Korang ada ka yang tengah mencari-cari produk putihkan kulit yang selamat gitu? Kalau ada meh aku nak cita sikit pasal Safi Balqis Oxywhite ni. Alaa korang kalau tak pernah dengaq pasal Safi Balqis memang mintak kena halau pi duk Uganda tau. Aku pun sebenarnya biasa ja pakai Safi ni, tapi yang Safi Rania Gold la, terpengaruh dengan Che Ta punya pasai wei.




Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna


Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.


Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.





Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri.

Jom berikan nafas baru kepada kulit kita dengan rangkaian Safi Balqis Oxywhite ni.


1)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek         : 50g/ 100g
RCP               : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a)                  Membersih jauh ke dalam liang pori
b)                  Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c)                  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d)                 Sesuai untuk semua jenis kulit
  




2)  SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek         : 100ml
RCP               : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
a)                  Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b)                  Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c)      Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



3)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek         : 45g
RCP               : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a)                  Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b)      Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c)                  Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d)                 Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e)      Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia



SHARE 5 comments

Add your comment

  1. best safi ni..dr remaja dah pakai
    pakai mak punya dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...suka sgt range ni esp pelembabp dia tu sebab gel like texture tu.rasa macam xpakai apa2

      Delete
  2. selalu travel bawak Safi.. tataulah kenapa hahaha.. memang tak usung banyak2 jenis nak cuci muka. ended up bawak Safi jugak..

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS