Monday, March 13, 2017

Resipi : Siakap Sambal Kicap Pedas Ala Thai

Quick update nak share dengan hampa semua. Biasala mood nk blogging tu tak berapa nak mai lagi2 kalut dengan Kak Nena n Chachah ni.

As usual la siakap ni jatuh kategori ikan favourite dah. Kalau pi Mydin tu kalau sekoq dia jual nett rm8 ti memang hangkut la 2 3 ekor habuan nak msak kat runah ni. Selalu akan request potong gulai and belah dua ja.

So kali ni meh nak share resipi siakap sambal kicap pedas ala thai. Senang ja kijaan dia. As usual la bila ala thai ni banyak main dengan masam n manis kan. So japgi kami kongsi resipi naa.



Bahan-bahan:

* ikan siakap goreng
* ibu sambal
* kicap
* 3 biji bawang merah, 7 cloves garlic ,  7 bijicabai melaka ( chopped halus guna Tefal manual chopper ja)
* cuka
* gula
* garam
* Meggi cukup rasa
* daun bawang
* daun ketumbar

Cara-cara:

1. Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.
2. Lepas goreng ikan siakap as usual, keluarkan minyak goreng yang banyak tu and tinggalkan sikit habuan nak menumiskan.
3. Then tumiskan bawang merah, garlic dan cabai melaka yang da dichopped tadi. Sikit ja ya. Jangan guna semua.
4. Then masukkan ibu sambal. Kacau- kacau and masukkan kicap and cuka. Lepas tu, masukkan air skit.
5. Lepas tu masukkan lebihan menda-menda alah yang da di chopped tadi.
6. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula.
7. Masukkan siakap yang da digoreng tadi and gaul-gaul bagi masuk and serasi sikit kuah dengan ikan.
8. Last sekali sebelum tutup api, masukkan daun bawang.
9. Hidangkan ikan and then tabur ja daun ketumbar tu ya.

Da siap. Makan ni dengan nasi panas-panas gu pulak dengan tomyam. Perghhh meleleh wei.

Pendek kata selamat mencuba noh.


10 comments:

  1. masak kicap thai..tgk kuah dia pun pekat oii
    sedap ni..nti nak cuba

    ReplyDelete
  2. jarang orang buat masak kicap, boleh cubalah

    ReplyDelete
  3. hai kak lia...memang terangkat ni
    lama tak p borong ikan kt mydin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mmang suka borong kt Mydin nina...brg2 kt mydin mostly murah2 lg dr kebanyakkan hyper market

      Delete
  4. sedap ni...smlm pun br lps masak sikap 3 rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite kami ni lin ikan siakap๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png