Agoda


Wednesday, March 29, 2017

Recipe : Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Quick update. Hari ni punya la jem bila tanya husband nak makan apa balik keja nanti kita nk masak. Sekali dia jawab nak makan mee goreng....fuhhh terus jemmmm.
Boring katanya asyik mencekik nasi ja. Yalah2 nak perli aku la tu kuat baham nasi lagi2 duk nyusu Aishah ni.

Bila da jem nak masak apa lunch tadi terus rasa nak masak kat kedai ja. Senang kan. 😊😊😊😊 tapi sekali bila pi kat dapoq tengok dalam sinki  alahai ikan jenahak la pulak. Asam podeh melaka pun sedap ni. Apa lagi...tung tang tung tang 10 minit siap.



Seketul ja masak ikan jenahak ni sebab habuan nak lunch ja. Mek tu lately ni reja nak makan nasi dengan teloq kicap ja. Layan ja lah sementara dia tak jemu lagi.

Oklah jom kita tengok resipi asam pedas melaka ikan jenahak ni ya.

Bahan-bahan:

Ikan jenahak
Sekeping asam keping / air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, dan masukkan 3 sudu ibu sambal dan masukkan asam keping/ air asam jawa.
2. Kemudian tambah air patut padan and masukkan daun kesum.
3. Then masukkan ikan jenahak and last sekali masukkan bunga kantan.
4. Perasakan ikut taste bud korang sebab aku guna ibu sambal, rasa da ada sikit2 so aku tambah garam gula semua tu sikit2 ja nak bagi balance rasa pedas masam manis tu.


Kejap ja da siap. Aku masak ni lebih kurang dalam 10 minit macam tu ja.

 Ya lah aku da sep masa dekat ibu sambal tu. Tak yah susah2 nk blend cabai, tunggu cabai masak bagai. Senang keja bila buat ibu sambal no banyak2 and simpan dalam peti ais tau.

Ni petang ni nak masak mee goreng pun boleh guna ja ibu sambal tau. Sepp masa aku nak blend2 bagai..nak tunggu cabai masa bagai.

Korang nak masak cepat harus buat macam mana ye?






11 comments:

  1. sedanyaaa tengokk. kita tak expert buat asam pedas. kena cubajaya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la..sedap woo😁😁😁

      Delete
  2. seriously lama x masak asam pedas..suka masak hat tumis tu

    ReplyDelete
  3. uiish nmpk sedp..tapi tak pernah mkn ikan jenahak lagi la

    ReplyDelete
  4. senangnya resepi.kena salin siap2 dlm bku haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png