Agoda


Wednesday, March 22, 2017

Meet and Greet with FAZURA di NEFFOS X1 NATIONWIDE ROADSHOW, PENANG

Hai korang. Sehat tak tu? How's ur day?

Kali ni kami nak cerita sikit pasal event yang kami attend hari tu kat Gurney Plaza bersama team Projek Blogger Utara yang lain. Untuk pengetahuan hampa kami pi ke event Meet & Greet with Fazura di Neffos X1 Nationwide Roadshow yang bertempat di Gurney Plaza.



As usual la kan, bila dijemput untuk attend event pastu ada pelakon kegemaran kami Miss Fabulous Fazura ni of course la kami excited kan.

Untuk pengetahuan tujuan Roadshow Neffos ni adalah untuk memperkenalkan duta barunya iaitu Miss Fabulous kita Si Fazura yang manis ni. Bertepatan dengan tagline "Close To You" , road show ni turut memperkenalkan dua model telefon pintar dari Neffos iaitu Neffos X1 dan Neffos X1 Max.




Kalau dah nama nya Fazura kalau tak segak tak sah kot kannnn.


Sesi fotografi dan bergambar bersama-sama fans yang bertuah. Kami of course la bertuah sebab siap dapat tshirt sama ngn Faz lagi haa.



Alahai cantik nya si Fazura ni macam bidadari sangat oiii. Tengok kat tv lawa gila kan. Tengok real lagi rasa macam nak pegang2 ja muka dia nak tengok orang ka doll ni.


Bulatnya aku duk sebelah Faz ni. Serius Faz ni selim gila kot. Sempat la laga2 pipi tembun ni dengan Faz hari tu. Terharu mak.



Bersama team Projek Blogger Utara pada hari tu. Semua muka puas hati dapat bergambar dengan Fazura gitu haa.


Sedikit info berkenaan telefon pintar / smart phone Neffos ni.


Telefon terbaru Neffos, X1 dan X1 Max yang masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.
Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.


X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.
Nefos X1 dan X1 Max diperkenalkan awal tahun ini dengan Neffos X1 berharga RM769 untuk RAM 2GB dan storan 16GB manakala versi RAM 3GB serta storan 32GB pula berharga RM849.
X1 Max pula diperkenalkan dengan harga RM999 bagi RAM 3GB dan storan 32GB manakala versi RAM 4GB serta storan 64GB pula berharga RM1,199.


Neffos X1 juga dilengkapi dengan 13MP kamera yang dikuasakan oleh Sony IMX258 sensor untuk imej yang berkualiti.


Untuk keterangan lanjut boleh layari : 
Facebook Rasmi Neffos: https://www.facebook.com/neffos.my/

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png