Agoda


Sunday, March 26, 2017

Hotel Review : Bayview Beach Resort Penang , Kids Friendly Hotel

Hai hampa. Sehat ka? Harap-harap semua sihat la ya. Hampa ada yang plan nak ke Penang ka? Kalau ada meh nak suggest korang satu hotel yang memang femes amos kat Penang ni. Tak lain tak bukan Bayview Beach Resort yang terletak di Batu Ferringhi.

Untuk pengetahuan hampa, kat Penang ni ada dua Bayview Hotel ya. Satu dekat area Georgetown, satu lagi yang tepi pantai ni yang Bayview Beach tau. Jangan salah book pulak ya.

Bayview Beach Resort ni antara resort yang dah otai kat Penang ni and antara resort yang besar jugak la. Located bersebelahan ja Hard Rock Hotel, Bayview Beach Resort ni memang always full ja kalau weekend and time school holidays. So booking awal-awal tau kalau koramg berminat nak stay kat sini.


Besar resort ni.HRH sebelah dia kecik ja.
Picture courtesy to hotel web.

Sebenarnya kami ni book hotel ni sebab si Adriana duk bising nak duduk hotel, nak mandi pool. Si Mama nya ni pulak, kalau hotel nak yang ada bath tub. Habuan nak berendam and "me time" gituuu haa. So pilihan terbaik kami book la hotel ni.


Ni gambar dalam bilik ya. Quite "seasoned" gitu tapi ok ja sebab kebersihan tiptop.
Picture courtesy to hotel web.


Bathtub. Habuan nak me time kan.



Paling best sebab katil dia besar gila. Kami empat beranak pun tidur jauh-jauh but still ada ruang wei. Memang tak payah nak request extra bed la kalau yang ada anak ramai tu kan. Tapi kalau ramai sangat, elokla bawak toto dari rumah habuan takut tak muat ka😊😊😊

Foto-foto kat dalam bilik ni credit tu Bayview Beach Resort Hotel website ya. Almaklumlah bila anak da masuk dua ni, susah nau nak snap gambar bila masuk hotel tanpa hotel dikecahkan terlebih dahulu gitu.

Ok jom tengok kawasan hotel pulak ya.


Macam-macam jenis kolam ada.


Ni kolam org tua ya. Paling dalam yang lepas tali tu dalam 4 meter macam tu. 


Yes lepas tali ni memang dalam ya. Pernah mandi kat situ. Nasib la makjem boleh swimming kan.


Jalan-jalan ke kawasan sekitar pulak.


Ada small stalls kat area pool and nak ke beach tu.


Yes. Beach yo!


Tak cukup kids pool. Kids also have this water play ground. Main la korang sampai lebam kan.

Jom kita tengok facilities lain yang ada di hotel ni.


Kids playroom . Kitaorang tak sempat masuk pun. Seronok duk mandi kat pool ja.
Picture courtesy to hotel web.


Playground.
Picture courtesy to hotel web.



Game arcade.
Picture courtesy to hotel web.

Masa stay kat sini, kami ambil sekali breakfast and book from Agoda ja. Breakfast dia ok la not bad. Sedap jugak la. 

So far, memang kami puas hati stay dekat sini sebab bilik luas, katil besar and then pool and hotel ni pun kids friendly. Memang recommended la untuk hampa-hampa yang nak bawak anak-anak mai bercuti kat Penang ni. 

Will repeat again. Tapi sebelum-sebelum tu kita tawaf dulu hotel-hotel yang ada kat Penang ni. Nak travel jauh-jauh malas sebab Si Aishah ni kecik lagi kan. So orang Penang pun jalan-jalan dalam Penang dulu ja lah. Sementara anak nak besar kan.

Birthday kak Nena weekend ni, ingat nak bawak dia duduk hotel. Tapi tak tau lagi hotel apa......😅😅😅😅😅






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png