Agoda


Thursday, March 9, 2017

7 jenis indoor plant yang bagus untuk rumah anda

Lately ni kalau peminat Scandinavian / Nordic homestyle mesti tengah IN kan indoor plant. Yang tengah menaip pun sama gak. Dah menghijau dah kat dalam rumah ni. Best woo.

Jom kita check indoor plant apa yang korang boleh adopt untuk letak dalam rumah korang.


Pokok sirih gading atau dalam bahasa omputihnya Money Plant / Devils Ivy ni antara indoor plant yang famous dan mudah sangat2 dijaga. Dikatakan mampu menyerap gas formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya yang lain.


Pokok Lidah Mentua, walaupun nama menyeramkan tapi pokok ni sangat bagus untuk meneutralkan udara dari gas-gas yang toksik.


Aloevera atau lidah buaya. Selain senang dijaga, batangnya boleh digunakan untuk mengubati kulit bermasalah dan boleh dimakan. Dahla boleh makan, mampu menyerap gas-gas beracun pulak tu. 


Pokok dracaena (sandrieana dan marginata) manpu menjadi penapis udara berkuap.  Bagi korang yang tak berpeluang buka tingkap dengan kerap boleh la bela pokok ni ya. 


Monstera Deliociosa antara kegilaan penggemar hiasa Scandinavian termasuklah aku. Mampu menyerap formaldehyde yang berbahaya kepada kesihatan manusia.


Pakis Boston ni bagus sebab membersihkan, menyegarkan dan melembabkan persekitaran. Sesuai la letak dalam bilik yang ber air cond supaya kulit tak kering.


Spider Plant

Kelebihan Spider Plant ni adalah mempunyai daya serapan racun-racun yang tinggi. Dalam masa dua hari, Spider Plant ni dapat menyerap up to 90%. Fuyooohhh. 

Kalau korang nak tau, kawasan rumah aku ni antara Red Zone denggi tau so memang la sangat-sangat risau. Almost every week bulan lepas ada semburan. Tapi kan, bila aku letak banyak indoor plant dalam rumah aku kan, aku takda la rasa suffocated sangat dengan bau asap semburan tu. Kalau tak ka, bukan nyamuk ja boleh pengsan haa..aku ni pun boleh pengsan. Tapi ok la, memang cepar gila indoor plants yang aku sayang ni menyerap bau-bauan yang kurang enak ni kan.

Korang kalau busy bekerja, boleh try bela yang paling senang macam Money Plant tu. Boleh letak juga dekat meja keja korang. So bila stress tu nampak hijau2 boleh la release skit kan. Ye dok?




10 comments:

  1. selalu tertukar pokok aloe vera dgn lidah mentua tu,,tp bagus lah semua pokok2 nii.byk manfaat die bg dkt manusia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..lain tu...
      Tp dua2 tu bgus as indoor plant

      Delete
  2. thanyou bagi suggestion. memang tgh cri pkok yg sesuai. slalu beli kat kedai tanaman biasa tu ada ke

    ReplyDelete
  3. i likeeeee!!!
    kebetulan sy pom gila deko...
    sejuk j bila ltk pokok hijau dlm rmh,....
    stakat ni kat rmh ada money plant... n monstera (tapi pelesuu punyer lah.. hehe).
    lps ni nk cri lg pokok2 lain...

    ReplyDelete
  4. memaang bagus tanam pokok semua ni..hijau sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg suka gila bila ada efek hijau2 dlm rumah

      Delete
  5. money plant tu ada sepokok dlm pantry ofis.. panjang berjela dh xtau nk letak mana. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang cepat membiak...plus senang nak jaga sama

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png