Agoda


Thursday, February 23, 2017

Tempat Makan Menarik di Melaka : Pak Putra Nan & Tandoori

Hai korang.
Haaa anak-anak da tidoq maka mamanya sempat la nak update blog kan. Macam tu la bila dah ada anak-anak. Dulu  anak ja, lani dah anak-anak. Tahap nak pitam join depa pun sangat tinggi sebab tu la blog jadi malas ja nak  update!

Kali ni nak cerita tempat makan yang best di Melaka pulak. Kan ke kitaorang pi ke Melaka hujung bulan lepas. Sampai-sampai ja hotel petang tu letak barang semua kami tiga beranak dah kelaparan gila. Nasib la kami duk kat Swiss Garden Melaka yang memang dekat dengan kedai mamak kat sekeliling and kat bawah hotel kami adalah mall , The Shore!

Petang tu selamat la melantak nasi kandaq. Pheeeewww pastu si suami siap cakap camna ni dah kenyang. Nak pi ka Pak Putra. Ehhhh main gila la kalau sampai Melaka tak pi Pak Putra kan. Dah la masa mengandung Aishah hari tu xdapat Pak Putra sudahnya asyik meleleh ja ayaq lioq mek tu sorang.. Sian dia tau. Tak dapat nak pi Melaka time tu masa ada kat KL sebab Adriana kena HFMD. Terus shoot balik ke Penang.

Malam tu memang dalam kul 9 da pi ke Pak Putra. Alhamdulillah nasib tak ramai. Kalau weekn ni main gila dengan jadi port2 budak2 U ni. Ye lah Melaka kan banyak gila U. Tak masuk lagi kolej2 swasta tu.

Pak Putra ni femes dengan roti nan dia. Ayam tadoori dia mak aih gilo sedap tahap gigil bila makan. Dah la juicy  nak mam. Teringat dulu masa laki aku wat projek dengan Petronas Penapisan Melaka, time tu dia bawak geng-geng kitaorang lepak makan kat Pak Putra ni. Time tu satu pintu ja lagi, sekarang da 2 pintu bhai. Crowd time tu pun tak ramai.

Lepas ja kitaorang lepak and jatuh cinta  dengan Pak Putra ni kitaorang pulak bawak member2 yang lain and pastu tup2 femes di kalangan junior2 kitaorang plak. Sekali naaaahhh makin ramai pulak.


Boss tengah kawtim dengan tokey suruh buka branch kt Penang satu. Tokey pun sampai kenai la. Almaklumlah laki aku layan nan dia ni dari sebelum dia femes sampai sekarang anak dah dua pun nak cari Pak Putra ni.


Ni haaa nan dia...nan cheese garlic. With chicken tandoori.kebabommmn. First round ni dulu. Second round nan double cheese garlic. Tahap cheese leleh boleh main tarik-tarik lagi. Now, I' m drooling.


First round. Sat ja da licin.


Tandoori dia yang juicy gila..adusss terus menyesal tengok and upload gambar ni.


Ni pulak chicken masala dia. Memang setakat ni de best chicken masala ever la.



Ni pulak lamb kimma. Pun sedap nak arwah jugak. Ya Allah, apa la dugaan aku ni kena upload gambar-gambar ni time-time ni. Alahaiiii.




Si jemah jr ni bukan main membebel lagi bila roti nan da habis. Ekeleh rileks aaa ada second round ok. Takyah nak muncung-muncung sangat lah. Gigit baru tau.

Tapi kalau korang nak makan nasi beriyani dia aku tak berapa nak suggest kot. Sebab beriyani dia tak berapa sangat dengan tekak aku ni. Tapi kalau korang nak try ok ja. Ehhh tapi better makan nan dia laaa. Hahahah

Korang kalau ke Melaka wajib tau terjah ke sini. Kalau tak terjah rugi mampoih oiii orang kedah kata. Orang Kedah ni tiap-tiap tahun wajib kena pi Melaka. Duk belajaq kat Melaka 6 tahun wei. Tempat belajar and bercinta mesti la dikenang gitewww.

Pak Putra Nan & Tandoori
57 & 58 , Jalan Kota Laksamans 2/3 & Jalan  Kota Laksamana 2/4, Taman Kota Laksamana , 
75200 Melaka.

My rating:

Nora bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 gituuu haa.

1 comment:

  1. Uihhh sakan tu makan.. Sodapnyee.. Kalau time lapar betul ni mau habis licin semua.. sedap belaka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png