Tuesday, February 28, 2017

Resipi : Pasta Aglio E Olio

Haiii lamanya tak up recipe kan...
Kadang2 tu bukan apa. Rasa macam malas nk up recipe sebab macam senang jek kan. Nanti orang cakap ehh bajet pandai nauuu la masak tu...
Ehh pedulik pulak aku kan...blog aku...sukati aaa nak up amenda pun...

Tapi disebabkan bila aku update kat ig ada yang tanya aku recipe pasta aglio e olio aku ni. Maka harus la aku up satu entry pasal resipi senang nak mati ni.

Aku paling suka aglio olio ni. And memang susah la aku nak order kat kedai aglio olio ni kalau rega dia berpuluh2 hingget  baik buat sendiri ja. Dah la senang ja. Bahan apa la sangat. Idok la macam carbonara tu. Susah la jugek kan.



So jom kita tengok bahan-bahannya ya.

* pasta (ikut suka korang banyak mana..aku ni tak pandai bajet kalau rebus spaghetti ni..mesti dari dinner bawak ke breakfast sebab banyak nau buatnya)
* lots of garlic (mince ya..aku guna tefal chopper tu ja..senang keja)
* minyak untuk menumis
* garam
* serbuk cukup rasa
*shimeji mushroom (taknak pun xpa..sebab ada dalam fridge so aku campak ja sekali)
* udang
* chili flakes
* dried mixed herbs

Cara-caranya:

1. rebus spaghetti dengan sedikit minyak and garam. Toskan and simpan sedikit air rebusan spaghetti.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan goreng udang sebentar and then angkat.
3. Guna kuali yang sama, tumis garlic dan masukkan air rebusan pasta tadi. Macam aku ada gunakan air rebusan kulit udang+pasta.
4. Then masukkan spaghetti, perasakan dengan garam dan cukup rasa.
5. Lepas tu masukkan shimeji mushroom, dried mixed herbs dan chili flakes.
6. Dah siap dah. Makan ni gu ngan teh o suam memang win la.


Senang ja kan? Selamat mencuba semua



2 comments:

  1. Sedappp..sy pom slalu buat ni.. Sbb y ninje reti buat๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ n simple.. Carbonara or bolognese x try lg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png