Agoda


Tuesday, February 14, 2017

Recipe : Meggi Goreng Serda ala Kerabu Meggi Siam

Cakap pasal kerabu meggi sapa tak suka macam pelik je kan. Haaa aku ni memang jenis hantu makanan siam so kerabu meggi ni antara favourite aku la jugak.

Nak beli, kadang-kadang tak puas. Umpan sikit la, apa bagai la. Buat sendiri haaa taruk la umpan banyak-banyak kan. Takyah nak berkira-kira dah. Campak ja ayam, sotong and udang banyak-banyak xda sapa kisah pun. Baru la puas makan kan!



Haaa nin dia buat masa hari sabtu hari tu. Kadang-kadang boring jugak kalau asyik makan nasi je kan. Mana nak pikiaq menu lagi. Ehh pening la nak pikiaq menu, tanya kat papa depa ikut suka..ikut suka. Nah amik ikut sukaaa nyaaa jadi la meggi goreng serda ala kerabu meggi!

Jom kita tengok cara-cara and bahan yang digunakan ya.

Bahan-bahan:



Of course meggi serda, kami guna 3 peket.
Umpan- ayam, sotong, and udang.
Bawang besar -2 biji
Cendawan shimeji ( sebab memang ada dalam peti ais so aku letak je lah)
Tomato 1 biji
Daun ketumbar jawa
Daun bawang

Cara-cara:

1. Tumis bawang sampai naik bau then masukkan ayam.
2. Lepas tu masukkan air semangkuk, and masukkan perencah.
3. Lepas tu masukkan, meggi-meggi korang tadi. Kacau-kacau sebab kejap ja dah kembang tau. Meggi dia ni macam mamee sikit. Sedap dimakan begitu sajiaaa.
4. Tunggu sampai air kering skit baru masukkan sotong, udang dan cendawan shimeji.
5. Dah masak udang and sotong tu tutup api.
6. Ok, kalau nak ala-ala kerabu meggi korang lepas ja da masak tu korang letak la bawang besar yang da dipotong and tomato yang dah hiris nipis (buang biji ya tomato tu).
7. Then gaul-gaul hidang la dalam mangkuk besar, masukkan daun ketumbar jawa and daun bawang yang da dipotong.
8. Dah siap dah untuk dimakan.


Nak makan tu jangan lupa Bismillah ye!


Kalau bawang besar tu nak ganti dengan bawang holland pun ok tapi sebab kat rumah ni takda bawang holland maka kami guna ja bawang yang ada. Pastu kalau nak perah limau and cili untuk effect lagi masam and pedas pun boleh. Kami xda limau so kami tak letak la. Cili memang tak letak sebab meggi serda ni memang da pedas ye. Ramen samyang tu ala apa la sangat. Nanti kalau aku letak cabai tu mau laki aku mogok sebab dia tak tahan pedas.

Ni resipi kerabu meggi ala aku la. Ada orang celur dulu meggi tu tapi aku malas nak celur-celur bagai. Buat ja ala-ala meggi gorng pastu tambah bahan-bahan tu kemudian.

So korang, selamat mencuba ya.

10 comments:

  1. Nampak sedap dan menyelerakan.. Pedas tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Megi ni mmg pedas..tapi pedas2 sedap...

      Tu tak letak cili tu sebab suami tak tahan pedas

      Delete
  2. Replies
    1. Huu memang sedap...rasa mcm nak buat lagi ja ni

      Delete
  3. cam sedap jer hehehe nak try lah nanti :)

    ReplyDelete
  4. kat mana nk dpt megi serda ni alia..nak rasa lah

    ReplyDelete
  5. sedapnya alia. tapi kan secara jujurnya kami tak pernah makan kerabu megi huuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png