Agoda


Monday, January 23, 2017

Travelog Perth : Day 5 Middleton Beach

Hi. Mood blogging tengah ada. Almaklumlah tengah bercuti kat Melaka ni. Si Aishah baru je tidur. Dia kejutkan kitaorang subuh ni.

Lepas dia sedut susu ja terus aku lapauu oii. Nasib  la Amir tapaukan lebih nasi n asam pedas tetel Mona semalam. Dah selamat dah breakfast pagi ni.

Disebabkan mood blogging tengah ON maka jomlah kita sambung dengan Travelog Perth kita.

Kali ni nak cerita pasal Middleton Beach kat Albany ni. Cantik kawasan sekitar ni. Disebabkan kitaorang pi time winter, walaupun tepi pantai memang gilo punya sejuk wei. Tapi yang paling best bila bunga-bunga kat depan rumah diorang kembang-kembang. Tak sempat nak snap gambar sebab kalut dengan Adriana dalam kereta time tu. Tapi sumpah lawa gila.

Pagi tu macam biasa la sebab nak travel balik jauh je Perth City maka kena la masak apa yang patut. Sebab on the way back to Perth memang susah nak cari tempat makan yang halal ye.


Buat bekal pun simple-simple ja. Asal boleh lapik perut. Lepas breakfast memang cepat-cepat kemss barsng untuk check out. Rasanya time ni dah pukul 7am. Cerah dah.


Time to check out. I wish I could spend more time at this lovely place.

.

Tenang ja rasa surrounding macam ni. Oh rindunya!


Ni la kawasan beach nya. Middleton Beach, bestnya rumah menghadap beach kan. Jarak pantai dari tempat kami stay tu dekat gila ja. Naik kereta tak sampai 5 minit pun.
Sepanjang nak pi ke beach tu boleh tengok rumah-rumah lawa kat area situ. Macam ala-ala kawasan elit lagu tu haa.


Menghayati pemandangan laut dan pantai ciptaan Nya. Lain pantai..lain pemandangannya kan. First time datang ke tempat 4 musim kan, so agak jakun la dengan all the weather thing.


Harus berkepit sebab terketar-ketar time ni. Pardon me for my bulat face. Mengandung ke Aishah nak masuk lima bulan lebih time ni. Time ni la dapat kepit-kepit pun ngan papa depa tu pun sebab sejuk. Kalau idak, nan hado laaa.

 Kalau nak tau, during summer kat Middleton Beach ni kiranya tempat orang surfing dan swimming tau. Kiranya kalau summer tu penuh la dengan orang. Nasib aku bukan orang sana, kalau dak ka lepas jalan-jalan di kawasan kejiranan yang tenang dan aman ni  mesti aku pi nandi laut kenn.

Haih verangan la jap, kot-kot nanti doa dimakbulkan dapat menetap kat Aus sana nanti.

Rasa menyesal pun ada stay kat Albany one night ja. Next time kalau nak pi lagi kena plan betul trip untuk stay lama sikit tempat-tempat yang best ni.

Okla korang, nanti kita sambung lagi ye.





4 comments:

  1. nampak macam best kat albany ni :) lauk bekal tu pun nampak sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Albany ni mmg best sgt...sbb lawo. Bekal tu asal ada ja๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. bestnya jln2.. tq share pengalaman..boleh jdi rujukan klau ada rezeki ke sne juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah ...semoga ada rezeki kita utk jln2 tmpt org๐Ÿ˜Š

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png