Introducing....

by Alia Farhan, 10:31 PM

Our second bundle of joy.
A baby girl.

Both mom n baby in a good health.



Kali ni nak cerita skit makanan favourite masa duk kat Melaka sana. Ye lah walaupun duk Melaka kan, tapi tempat belajar aku UniKL MICET tu dekat-dekat sempadan dengan Nismilan haa. So aku ni memang berhantu and berahi skit ngan masakan Nismilan ni haa. Lagi berapi lagi berhantu gitu haaa.

First time rasa Masak Tempoyak Pucuk Kayu ni masa bulan puasa, masa tu pi ke PaRam kt Tampin tu. Ya ampun, sedapnya lahai. Meleleh bhai meleleh. Masak lemak tempoyak orang Kedah tak kick macam masak lemak tempoyak Nismilan ni. Sebab tu aku duk kat sana asyik bedai masak lemak cili padi yo.

Mengikut kata-kata kawan-kawan aku yang berasal dari Nismilan, masak tempoyak pucuk kayu ni sebenarnya guna macam-macam jenis daun kayu. Pucuk ubi , sekentut, daun kunyit, daun pegaga, daun cekur , dan macam-macam jenis daun lagi la. Aku pun tak terlist kan oi. Tapi untuk kali ni, aku cuma guna apa yang ada kat urban garden angah aku ja,pucuk ubi, daun kunyit, daun pegaga and daun cekur ja. Itu pun dah penat nak rincik daun tu halus-halus. Kalau orang Nismilan tengok mesti cakap eeeeiiii apohal kasa bonar daun ekau ni yo? hahaha. Ok la dari takdak kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nampak macam susah nak buat, tapi percaya lah tak susah pun. Cuma kalau kau pemalas dan tak suka renyah-renyah nak rincik halus-halus segala daun ni, memang kau akan cakap eeeiii susahnya. Macam mak aku dia tak koser nak rincik halus-halus so awal-awal lagi dia da passing suruh aku buek kijo yang renyah-renyah gini ( ya kat rumah tu, keja yang renyah-renyah semua depa passkan kat aku; contoh buat begedil yang renyah pun semua passkan kat aku..dengan alasan aku buat sedap lagi!)

Ok lah, jom la kita tengok bahan-bahan and cara-cara dia ya.

Bahan-bahan:
* pucuk ubi 
* daun kunyit
* daun pegaga
* daun cekur
* petai (wajib ada, xda tak kick oi)
* 2 ketul kunyit hidup
* 20 biji cabai melaka 
* 8 biji bawang merah
* 3 biji bawang merah
* santan sekotak
* asam gelugor 3 keping
* tempoyak 4 sudu besar
* garam 
*ajinomoto skit je
* gula

Cara-cara:

1. Rincik halus-halus segala daun mak nenek tu.
2. Blend kesemua kunyit hidup, cabai melaka , bawang merah dan bawang besar.
3. Panaskan bahan-bahan yang yang diblend tadi dan masukkan daun-daun pucuk kayu.
4. Masukkan air dan santan, kacau -kacau jangan sampai pecah minyak ya dan jangan lupa masukkan asam gelugor.
5. Then masukkan tempoyak 4 sudu besar dan kacau sampai pekat.
6. Perasakan dengan garam, gula dan aji (agak2 balance dengan rasa tempoyak n pedas cabai melaka tu)
7. Then last sekali masukkan petai. Kacau-kacau jap then tutup api. 

Aku suka aku punya masak tempoyak ni tak pekat and tak cair sangat sebab nanti yang ni kalau tak habis makan boleh simpan dalam peti sejuk ya. Bila nak makan keluarkan and panaskan. Bila selalu panaskan nanti lama-lama makin pekat and umphh tau. 


Dah menyesal pulak tengok gambar ni. Elok-elok warded tengok gambar ni telan ja lah ayaq lioq tu. Sob sob



Okla straight to the point nak share resipi sotong steam limau / lemon ya. Resipi ni sebenarnya senang sangat-sangat tau. Pejam mata pun boleh buat.


Sotong steam limau / lemon


Bahan-bahan:
* 5 ekor sotong dikelar-kelar
* bawang putih 7 ulas (crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* cabai melaka 8 biji(crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* air pati limau kasturi/ nipis( siam mari) -2 sudu besar
* namfla (2 sudu besar)
* ajinamoto ( sikit je)
* gula ( 2 sudu besar)
* daun ketumbar / corriander

Cara-caranya:
1. Panaskan 1 cawan air dan biarkan menggelegak dan masukkan air pati limau.
2. Masukkan namfla, pak aji dan gula. Lepas tu agak kuah da pekat masukkan pulak garlic and cabai melaka yang da crushed tadi.
3. Biarkan menggelegak and rasa apa yang kurang, kalau kurang masa sila letakkan lagi air pati limau tu..kalau kurang masin masukkan namfla klau manis x rsa masukkan gula. 
4. Bila kuah da pekat masukkan sotong and masak kejap. Actually dalam 2 3 minit pun sotong tu da masak.
5. Keluarkan sotong da masukkan dalam pinggan and kuah tadi masak lagi sampai pekat and tinggal skit ja (air sotong kan keluar bila da masukkan sotong tadi). So aku suka kuah steam limau aku pekat, so aku biarkan mnggelegak sampai kuah tu tinggal skit.
6. Kuah da tinggal skit maka tuang ja terus atas sotong. And letak la daun ketumbar / corriander as hiasan kat atas tu.
7. Da siap makan panas-panas memang marvellous. 

Kuah tu siap nak berhirup lagi. Aku la tu. Memang addicted betul dengan makanan2 siam ni. Mana nak lari kalau da ada darah-darah situ gak.

Apa pun selamat mencuba ya.

New puff pizza from Dominos

by Alia Farhan, 8:58 PM

Ahad lepas masa papa Adriana balik ke Jitra, tekak aku ngengada nak makan Dominos Pizza, ala pizza puff yang baru tu. As usual la kan mesti aku nak yang classified chicken tu. 

Aku kan suka yang ala-ala puff ni kalau p bakery ka apa ka. So i was kinda excited at first. 

Sekali bila rasa, ermmmmm. So so ja lah. I think I prefer the thin crust one lagi kot. Yang ni crust dia macam ada layer puff tu macam not nicely baked. So macam mana ek nak cakap? Maybe yang dekat branch sini buat mcm tak berapa sedap kot. Tapi tu la, rasa dia agak tak menepati citarasa tekak aku. So kesimpulan dia kalau Dominos ni memang aku prefer yang thin crust ja. As usual memang classified chicken ja lah pilihan hatiku!

Korang dah rasa ke the new Dominos Pizza ni?

No matter what....

by Alia Farhan, 9:06 PM

Time2 kita rasa down ni ada lagi yang nk mengdown kan kita. Tak kira la yang rapat dengan kita atau tak.

Rasa macam kadang-kadang da immune pun ada. Tapi bila time-time down ni bukan kata-kata macam tu yang kita nak dengar tapi more towards encourage. Rasanya dari dulu-dulu lagi asyik dengar ayat-ayat negative. Sebab tu kadang-kadang aku malas! Sebab aku malas nak buat dosa. Malas nak serabutkan kepala hotak!

Yes...sampai satu saat aku jadi malas!
Kenapa la tegar sangat mulut tu berkata-kata tanpa pikirkan orang lain. Lagi-lagi di kala orang tengah down!


Manusia ooo manusia!
Tak kira la siapa pun engkau...apa pangkat engkau. Be considerate in your words! You'll never know how much the pain someone be holding for so long!


Baru-baru ni 11-11-16 pakat-pakat kecoh gila kat Facebook, everyone go crazy over Lazada Online Revolution Flash Sale!
Yes tempias dia pi la jugak kat aku ni ha. 


Eksaited bukan main lagi haa bila macam-macam tengah SALES. Haiyooo. Ya Allah, rambang mata oi. Nak sales apa, periuk? action camera? tripod? eh macam-macam sales la ada wei. Sakit hati la jugak kan. Ye lah, nak kena berjimat sebab ada si kecil yang nak keluar soon kan. Tapi of coz la bila tengok barang-barang yang offer tu akan jadi rambang mata jugak. Lagi-lagi part barang-barang baby boo tu. Haihhh


So korang sila SAVE THE DATE ya! Jumaat ni BLACK FRIDAY pulak dah! Dia buat lagi haaa. Marilah kita berhuhu.
Sales dekat LAZADA bermula dari 11-11 hingga 12-12 ye korang!


Box of Joy from LAZADA!
Bila dapat ja parcel ni dari Lazada terus eksaited sangat. Dengan pantas masuk dalam rumah terus UNBOXING tau. Super excited sebab semuanya yang dapat tu semua best-best. Gila tak best macam ni?

Yang TEFAL manual chopper tu dah selamat rasmikan untuk kegunaan di dapur. Memang serius memudahkan ya.


Korang yang nak dapatkan manual chopper tu boleh dapatkan di SINI ya.

Antara yang best jugak dalam box of joy tu Longitech Speaker.


Best sebab Longitech Speaker ni boleh connect dengan smart phone by bluetooth ja. Sound pun best. Dapat ni aku terus berlagak gila dengan laki aku, ye lah selama ni bukan main lagi berlagak dia memekak dengan speaker dia tu pasang youtube. Eleh, aku pun ada lah!

Korang yang berminat nak dapatkan Longitech Speaker ni boleh click SINI ya.


Bagi peminat Nescafe, Nescafe White Coffee Pandan ni memang ada umphhh. Aku yang rasa one sip ni pun rasa sedap. Ye lah, aku kan mengandung so kena kurangkan intake caffein aku. Takut nanti hb low pulak. Masa bancuh kat laki aku tu sempat la rasa satu sip. Tapi serius sedap gak la. Korang die hard fan Nescafe wajib try ya, and boleh click kat SINI ya untuk purchase.


Nampak tak dalam parcel yang aku dapat kat atas ada dapat beg Ola Bola kan? Haa, kalau korang nak gak beg tu boleh la purchase kat lazada dengan pembelian seperti dalam gambar ni. Beg Ola Bola ni da selamat dah guna untuk letak barang-barang berpantang aku untuk balik ke Jitra. Korang yang nak beli Milo and nak dapatkan beg Ola Bola ni, boleh la click kat SINI ya.


Apapun, aku ucapkan selamat bershopping untuk korang semua di LAZADA!







Last week tetiba jeng-jeng dapat parcel from PSK. Seronok bila parcel yang ditunggu-tunggu sampai. 



Size dia yang kecik n compact ni senang kalau nak bawak p travel. Satu bekas ni cuma 30ml saja. 


Siap dapat small spatula lagi untuk pastikan hygiene moisturiser cream ni. Part paling suka, texture moisturiser ni yang seperti gel. Paham-paham la, i don't really like "creamy" texture moisturiser. I have a combination skin oily which this moisturiser is very helpful hence the texture is in gel form. 


After 5 minutes applying to my skin, especially to the dry part (V zone) and the oily part (T zone). I can feel that my skin become supple n moist. 



Added point to this moisturiser cream, I also use it as my make up base. Before applying my primer, I'll go with this moisturiser. I must say that my make up last quite long. As usual, in order to have a smooth and long last make up on your face,  you need to prep your face with a good skin moisturiser.


My rate to this product:
4.5🌟/5.0🌟

Pro:
  • My skin feel so soft, supple n moist after the application.
  • The V zone that normally dehydrate, now become so moist.
  • A good make up base.
  • Also apply it as my night moisturiser as normally I'll go to bed with air conditioning run at 22C.
  • Can both be wear by oily/dry skin.
  • Good hygiene practise (comes with small spatula)
Con:
  • Maybe quite pricey for RM130/30ml for some people. But for me, it's quite OK with the quality itself.

Where can you get the product?







Good news for beauty junkies who love to travel. Wehuuuuu. Lepas ni korang tak payah susah-sudah nak bawak cleansing oil for face, cleansing oil for eyes , for lips , cotton face tissues bla bla bla and the list goes!



Dengan adanya All in One Cleansing Tissue by Lemuel Beauty yang berasal dari Korea ni dah mula bertapak tak kurang setahun di pasaran.  Bertepatan  dengan tagline Lemuel Beauty tu sendiri  iaitu " Convenience Cosmetics in Your Hands"  menyasarkan golongan-golongan mereka yang "sibuk"  atau " busy people" tanpa mengira jantina.




Dengan All in One Cleansing Tissue, korang da tak perlukan:

  • Eye make up remover
  • Oil cleanser
  • Facial cleanser
  • Face wash
  • Toner
  • Essence
  • Moisturiser
  • Eye cream
Apa yang istimewanya All in One Cleansing Tissue ni?
  • Bersifat natural yang lembut dan melembabkan kulit.
  • Dipek secara individual untuk menjamin kebersihannya.
  • Melembabkan kulit dan menyegarkan kulit.
  • Dipatenkan dengan bahan-bahan semula jadi.
  • Fabrik natural
  • Mengandungi Rooibos Essence.
Apa yang istimewanya Rooibos Essence?
* anti ageing
* mengelakkan penyakit kulit
* mengurangkan jangkitan bakteria
* mengalakkan kulit yang sihat
* boost kan immun sistem 
* memperbaiki sistem saliran darah.


Sila abaikan hidung mak buyung yang kembang semangkuk tu ya.


Sekali lap ja. Keluar habis eye shadow, lip matte , blusher semua. And yang paling penting korang boleh tengok gmbar kat atas, muka after guna All in One Cleansing Tissue ni nampak moist and supple ja. Tak rasa kering pun. Oh I'm in love!


3 days challenging task by Lemuel Beauty:


Cabaran 3 hari dari Lemuel Beauty, after 3 days apply All in One Cleansing tissue ni dekat tangan sebelah kanan, korang boleh tengok; tangan yang belah kanan tu nampak lagi moist and cerah. Ye lah, sebab All in One Cleansing Tissue ni ada Rooibos dan bahan-bahan semula jadi lain yang merawat kulit tau. Kiranya disamping membersihkan kulit kita dari kotoran, ia juga merawat kulit kita. 

Haish, tak ke bonus namanya tu. Membersih dan merawat sekali.

So bagi korang-korang yang nak daptkan All in One Cleansing Tissue dari Lamuel Beauty di:



Zaman sekarang ni zaman semua nak customized kan. Kad bank nak tepek muka family, kad Touch N Go tepek muka sendiri dan tak ketinggalan jugak trend sekarang ni phone casing.

 Takyah cakap orang lain, aku pun antara orang2 yang eksaited nak customized n personalized apa bagai ni.


TARAAAA
Mengabadikan kenangan kami 3 beranak di Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta WA.

Untuk pengetahuan, hanya selected phone saja yang available tau untuk customized phone casing ni.

Korang kalau berminat boleh la dapatkan dari Elaine ye



Hubungi terus Ms Elaine : 

019 985 8151


Khas untuk pembaca blog Vanilla Freak korang boleh guna kan CODE AH1001 
untuk tawaran harga RM20 sahaja harga asal RM39. 
Penghantaran Percuma !!
(tertakluk pada terma dan syarat)

Jangan lupa grab cepat2 ya. Last promo 30hb November nanti. Klik banner kat bawah untuk details ya.


Lepas ni da boleh bergaya dengan personallized phone casing korang sendiri la kan. Jangan lupa grab laju2 tau offer ni. Serius korang akan berpuas hati dengan phone casing korang nanti. 





Fuhhhh.
Lamanya delay nak update pasal travelog ke Perth hari tu kan.
Biasa la orang mengandung ni kan, hormon upside down. Lagi nak edit masukkan watermark semua bagai lagi. Semua tu perlukan kesabaran yang tinggi. Hihihi.

Tapi takpa, demi blog tersayang dan sumber rujukan dan kenangan pada masa akan datang, maka kita pun simpan di blog ni la kan.

Oklah sambungan untuk cerita hari ke 4 di WA, selepas selesai ja meneroka Cape Leeuwin Lighthouse; maka kami pun terus gerak ke Pemberton. Pemberton ni actually dalam routes kami nak ke Albany. So before pi ke Perth sana memang da study dulu dah satu2 routes yang akan singgah.


Kalau dari Cape Leeuwin Lighthouse memang amik masa lebih kurang 1 jam 41 mins. Kat sini bawak kereta memang gila2 patuh halaju sampai balik ke Malaysia pun da terset pulak. caya tak?


Pemandangan sepanjang jalan nak ke Pemberton.


Kat area ni pun ada gak vineyards. Ada satu kawasan forest tu sebijik macam dalam cerita Twilight yang pokok gergasi tinggi-tinggi tu. Rasa seram gak tapi at the same time rasa tenang pun ada.


Cantik tak pemandangan kat sana?


Da sampai Pemberton!


Pekan kecil tapi sangat2 calming.


Nak nampak kereta lalu pun susah.



Kat sini terkenal dengan landmark landasan kereta api dia ni la.


Ok ready set go and strike a pose!


Well i guess this is a guy most have pose kot kan?!

Masa kat Pemberton ni, rasa mcm kat pekan dalam cerita Twilight tu pun ada. Nak nampak kereta lalu sebutir pun payah kadang-kadang.



The famous train kat Pemberton. 


Wajib la kan bergambar kat sini 3 beranak.


Apa pun kena singgah refill and refresh dulu sebelum teruskan perjalanan yang seterusnya. Kami singgah minum kat cafe ni. Minum hot choc je lah dengan scones. 



The scone, tapi prefer lagi scone kt Uncle Bala kt CH tu. hahahah.

Punya gila azab masa kat dalam cafe ni sebab semua orang pakat makan pasta la noodles la. Kat dalam cafe ni ada jual noodles ala2 Siam tu sebab rasa-rasanya bini tokey tu Siamese sebab nampak dia duk cakap-cakap ngn tokey dia tu sambil bemesra2. No wonder la ada Asian fusion kat dalam cafe ni. Telan ailio je lah time tu. Dahla sejuk gedi kt luar tengah2 winter, nasib xda snow ja. 


Lepas minum, jalan-jalan lagi kat luar cafe tu. Pusing-pusing sat sebelum nak meneruskan perjalanan ke next destination.


Dia punya la suka bunga kecik-kecik tu. Mama dia pun suka gila. Rasa macam jakun sat.

Bagi korang-korang yang ada banyak masa and tak rushing kejar routes boleh la naik Pemberton Tram . Antara tourist attraction juga la kat sini. Seronok bila tengok gambar-gambar orang yang pernah naik tram ni.  Macam kami hari tu tak sempat sebab nak kena sampai ke Albany before 5 pm kan so kami terpaksa skip yang tram ni.



Pic courtesy of Mr Google.


Serius rasa 1 week kat WA memang tak cukup. Next time kalau ada rezeki lagi ingat nak layan motorhomes and nak explore sampai ke Esperance. Husband pun da bagi-bagi hint tak leh move on and nak repeat balik tu. hihihi.

***mode menabung is ON









Cakap pasal kari ja, memang kami ni jenis masak kari mamak kat rumah. Sebabnya kari mamak biasa tak letak santan. So lebih healthier la katakan. Selalu ikan yang biasa guna untuk kami buat kari mamak ni ikan jenahak, gerut-gerut, nyiok-nyiok, siakap and temenung. Memang favourite sangat. Part kuah tu suka buat lebih, habuan esok panaskan makan cicah roti gardenia pulak. Perghhh heaven!



Ni habiskan stok ikan kat dalam bahagian frozen. Ya lah kan, nak balik beranak kat Jitra dah. So baik habiskan apa yang patut.

So kalau korang nak tau, sebenarnya senang ja nak buat kari mamak ni. Jom kita tengok bahan-bahan and cara buatnya.

Bahan-bahan:
 ikan jenahak 2 3 ketul ( ikut la korang nak pakai ikan apa pun)
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi ikan. 
6. Jangan masak lama sangat isi ikan tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.

Rasa In Sha Allah sedap oi.

Tak caya? Kena cuba sendiri la ye
Alhamdulillah, Isnin lepas bawak anak check in ke Hotel Sentral Seaview Penang. Ya lah, tak jauh pun. Main kat Penang ja jugak. Mama mana larat nk drive p jauh-jauh dengan perut nak masuk 38weeks ni.

Kebetulan kawan baik aku Sha dari zaman MICET bercuti ngn family dia ke Penang and check2 rate kat Agoda kebetulan murah ja hotel tu, cuma RM129 ja. Maybe sebab Isnin kan. Tapi ok la, terus booking. Lagipun nanti, nak berpantang pun dia pun terperap kat rumah maktok gak ngan mama dia.

Dalam pukul 4 kami sampai berdua kat hotel. Selesai check in semua, mama rehat sat. Papa as usual la bz tengok kerja2 dia. Lepas papa siap tengok keja kt Feringghi baru papa turun ke Tanjung Bungah mai ke hotel kat kami.

Dulu masa bujang2 pernah check in sini ngn kawan aku Si Lina, tapi time tu under Naza lagi. Nama Hotel Naza. Tapi bila da management baru ni tengok condition ok la not bad dah. Dulu masa under NAZA macam teruk n buruk la jugak.



Tengah landing sedap ja mek tu. Masuk2 hotel amik mood terus tau.


Toilet macam biasa ja. Takda bath tub pun. what to expect, bilik murah ja kot. Tapi ok la kan.


Wajib selfie kat toilet.


Okla dari balcony boleh nampak laut kan. Tenang la jugak hati ni boleh nampak laut kan.


Seperti biasa la, mesti tuntut nak mandi pool kan.


Mama layan ja lah angin tepi pantai tu.


Cantik jugak view kat sini.


Kaki mama pun da bengkak. Tak lama dah baby nak kuaq.



Malam tu kami layan western food kat Mizi Bistro kat Tesco Tanjung Bungah ja sebab lunch tu aku dah recommend Sha N Wan makan dekat Nasi Kandaq Raffee Pulau Tikus kan. So malam ber western pulak. Esok lunch bawak p nasik kandaq balik. hahahha


Me n my bff Sha. muka bahagia dapat makan nasik kandaq kat Tajuddin Hussain. Tak sempat ok nak selfie2 sangat mai ada anak ni. Kat Tajuddin Hussain pun x sempat tangkap gambaq sebab masing2 da terkam terus ja.

Apa pun, tenkiu Sha N Wan for coming. Nanti len kali mai kita p check in lagi mana2 yang best. Sorry second day tak dapek nak join korang dah.

Apapun kalau korang nak cari hotel kat Penang ni yang agak murah, Hotel Sentral Seaview Penang ni ok lah. Not bad. Harga pun masih ok. Cuma kalau weekend tu rasa2 nya pool dia mesti crowded sebab pool dia agak kecik la. Tapi boleh ja pi mandi laut kat bawah tu ha.

Oklah, tu ja nak cerita pasal my short getaway before nk deliver baby ni. Saja la nak bagi Adriana heppy sama kan. Cari duit pun untuk anak2. Tak salah jugak nak heppy kan anak2 dengan duit hasil titik peluh kita kan....






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS