Friday, April 29, 2016

Product Review: Choc & Nuts Chocotainer dari My Food Delivery

Hai hampa semua.

Kali ni makjem nak review skit pasal satu produk makanan yang sedap dan pastinya healthy gitu.
Menarik kan tengok kekacang dia tu kan???
Hadoihh berkeroncong perut makjem tengok Choc & Nuts Chocotainer ni.
Haihh laaaa.


Untuk pengetahuan semua Choc & Nuts Chocotainer ni adalah produk HOMEMADE yang mana tentu 100% HALAL.

Antara bahan-bahan yang digunakan:

*Almond
*Peanuts
*Pumpkin seeds
*Sunflower Seed
*Rice Cereals
*Dark Chocolat
*Honey
*Maple Syrup
*Corn Syrup
*sedikit garam...

Rasa dia sangat SUPERBBB

Dugaan betul tau nampak time2 tak lalu nak makan macam ni. Paham2 la makan apa sekarang ni kalau tak kena tekak mesti nak keluar balik. Tapi bila makan ni...fuhhhh sedappp jaaa...
Kalau hat bz memanjang...nak breakfast kat opis pun tak dan. Asyik menghadap jem ja memanjang elok la spare dalam handbag Choc & Nut Chocotainer ni. In Sha Allah 1 bar ni kenyang sampai lunch.

Yang nak berdiet lagi2 la sesuai sebab dia SUGAR FREE kan. Campuran kacang yang digunakan bukan kacang yang cikai-cikai tau. Semua yang berkualiti dan berkhasiat untuk orang-orang yang diet. Tak caya p tanya Kevin Zahri. Boleh jugak dikategorikan sebagai HEALTHY FOOD ni.






DAN BAGI HAMPA2 YANG NAK TAMBAH PENDAPATAN
dan ingin menjadi AGEN secara DROPSHIP boleh hubungi 0194764453 (Kak Azam).


Dan bagi hampa yang berminat nak beli Choc & Nuts Chocotainer ni

Details penuh mengenai CHOCO&NUT ini boleh klik:

Facebook: myeatdelivery

Instagram : @myfood_delivery

Tuesday, April 26, 2016

Product review : Produk Uswah

Salam.

Kali ni makjem nak review sikit tentang Produk USWAH yang mana telah tiga tahun bertapak di Malaysia sejak 2013 di atas talian ( online selling basis).

Untuk pengetahuan hampa semua, sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Koleksi Tudung Bawal Bidang 60 & Shawl Labuh, dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh). Antara hotselling produk tudung USWAH adalah:

Husna Instant Shawl Labuh (HOTSELLING! Pinless, Ironless, Hassle-free)


Haura Bawal Instant Labuh

Antara koleksi-koleksi shawl dari USWAH.

INARA Double Loop Instant Shawl yang ternyata cantik dan harga yang berpatutan.

Selain dari itu, USWAH Muslimah Clothing jugak turut menjual Tunic labuh yang sesuai dan patut syariah.

Cantik kan tunic dari USWAH...harga pun berpatutan.

Koleksi Satin Flare Skirt yang menawan hati.

Pallazo Pants yang turut trending dalam dunia fesyen Muslimah sekarang. Makjem pun suka sangat2 Pallazo ni. Selalu verangan kalau kijer opis boleh la melaram dengan Pallazo kan. Tapi apa nak buek asyik2 dapat keja kilang....
Hihihi....

Berita baik untuk hampa-hampa yang nak tambah pendapatan hampa, USWAH ada buat program :

Peluang Jana Pendapatan dengan Pogram Dropship & Stokis Uswah

KELEBIHAN MENYERTAI USWAH:
- TIDAK PERLU SIMPAN STOK
- TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.
- Peluang mempromosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH SYARIAH.
- TIADA TEMPAHAN MINIMUM.
- TIDAK MENANGGUNG KERUGIAN jika produk tidak laku.
- TIADA KOS TERSEMBUNYI
- KOMISEN 10-20% AUTOMATIK (siap tolak!, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
- SISTEM TEMPAHAN AUTOMATIK DI WEB, tidak perlu menunggu pihak USWAH memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan KHAS UNTUK - AGEN, harga di tolak secara automatik.
- GROUP COACHING & perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.
- KAMI JUGA MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK RESELLER MENJADI STOKIS DI TEMPAT MASING2.



Latar belakang USWAH


USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariah. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun dunia. Bermula di laman social Facebook, dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers.

Facebook: Uswah Islamic Clothing
Instagram: @uswahislamicclothing
Youtube: Uswah Islamic Clothing
Email: network.uswah@gmail.com
Web: www.uswah.com.my
Hotline: +601110742198 / 0108153562

Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller kami, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai! Jika mereka boleh, anda tentu BOLEH!

Sehingga kini, kami telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia.



Saturday, April 23, 2016

DIY Masker Jerawat dan Parut

Sejak dua menjak ni jerawat tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hamboi2...
Mentang-mentanglah hormones sekarang tengah bercelaru...maka jerawat pun mula la bermaharaja lawak di muka aku ni.

Serius aku stress. Sampai nak make up pun jadi malas. Malas nak conceal malas nak cover itu ini...
Ehhh malas lah....
Tapi malam ni aku gatal jugak. Nak jugak make up ala2 barbie/ doll hat tak berapa nk doll sebab doll ni gemoks ya ampun.
Fuhhh.

Tangan bila da menggatal tu dia tak dapat la nak bendung kan. So meh la kita tengok jap hasil make up makjem malam ni merasmikan Nars Surabaya dambaan MUA di seluruh pelusuk doniaaa dan Nars Orgasms Blusher yang jugak memanjang selalu sold out tak hingat.

Bajet la nk barbie / doll look sangat ala2 MUA terkenal Alha...tapi mascara pun malas nak pakai. Lens lagi la jangan cakap. Fobia duk ada lagi.
Len kali kita test lagi.

Lepas ja dah make up lawa2 mcm ni mnyesal. Rasa nk tdoq dengan make up ni jugak. Sleeping beauty sangat la kan.
Pastu stress pulak nak remove make up sebab make up duk helokkkk lagi kannn....
Pastu takkan nak tdoq dengan make up kot.
A BIG NO OK!
lagi rosak la muka nanti Alia oi.

Bila da removed make up tadi stress tengok muka dengan jerawat n paruts jerawar. Ciss takleh jadik ni...

So marilah kita berspa di rumah saja.
Kita DIY saja mask jerawat n parut kita hari ni ya.

Bahan:
* serbuk kunyit
* serbuk kulit kayu manis
* 1 sudu makan air


Cara-cara:
1. Mix kan bahan-bahan di atas hingga sebati.
2. Then apply la di seluruh muka hampa.


Amaran: muka hampa akan rasa pedih skit. Sebab hampa tak besa tepek kan kulit kayu manis ni. Bila selalu repeat pakai, nanti lama2 ok lah.

3. Lepas da kering boleh la rinse dengan air na.


Ok da rinse muka dengan air rasa fresh ja. Muka ada la kesan-kesan kuning skit. Tapi takpa la by the time banguj pagi esok tu warna kulit akan back to normal balik.
Depa kata org India kata kalau nak bagi kulit macam Preity Zinta kena tonyoh kunyit. Aku syak Kajol wat treatment kunyit ni la satu badan dia. Cis takmau share langsung putih dengan kunyit. Ada duk kata dia duk dalan rumah ja tak mau bagi hitam.
Nampak nau nipu nyaaa....

Oklah harap2 hampa semua yang DIY masker ni dapat kesan yang mujarab la noh.
Seminggu wat sekali dua rasanya ok kot noh.

Ok lah gud nite.

Wednesday, April 20, 2016

New decoration in d hauss yaaa

Disebabkan kekangan masa yang melampau. Nak update blog panjang-panjang tak berapa nak sempat kan. Maka marilah kita update yang mana sempat ok.

Ruang tamu besar cinonet ni nak juga upgrade kadang-kadang tu kan. Moh mari lah kita update skit.

Aku ni memang minat home deco ni lagi2 Nordic/ Scandinavian style ni. Dapat Eames inspired designer chair pun da rasa best sangat2 dah.

Adriana tnya aku....
Mama ni kerusi mimi ke???
Haaa banyak cantik kerusi mimi.
Punya lah lama mama aim nak beli kerusi ni tau. Tau2 kat SSF ada sales...n boleh dapat 50% terus beb pergi sambar. Laki aku pun tak boleh kata apa dengan perangai aku ni. Ya lah, kalau tak offer RM269 kot. Ni guna membercard SSF boleh dapat half price kot. Apa lagi. Pejam mata la.

Ok ni pulak meja baru dari Ikea. Aku memang order kt Ikea Personal Shopper aku, Kak Ina jer. Memang trusted and senang sangat nak deal dengan kak ina ni.
Korang yang berminat nak dapatkan khidmat kak ina as personal shopper korang boleh la whatsapp kak ina ja terus.
Boleh p usha kat FB page kak ina ni ya. Oh kak ina ada amik upah gak utk barang-barang Kaison. So korang pun takyah nak pening2 kalau nak cari barang-barang Kaison, kak ina leh tolong carikan gak.

Ni pulak meja baru kt SOHO. bilik utk SOHO ni memang kecik. Nanti kalau anak2 da besar alamat kena tukar ke bunk bed & loft Ikea tu apa. Nasib la dan tunggu Ikea Penang bukak dulu kan. Yang meja ni pulak kirim dekat Kak FarahGlanz masa depa p SBB hari tu. Tq naa kak Farah.

Apapun, minat nak ber deco ni memang sebati da dengan aku. Tak tau kenapa suka sangat. Dari dulu masa duk kat rumah sewa lagi memang suka sangat deko2. Lantak lah rumah sewa ka apa ka. Janji mata aku ni sedap ja n kena dengan jiwa aku ni. Kalau tengok kat group2 FB tu, yg ikea pnya group deco perghhh rumah sewa diorg deco pun gempak2 gila. Memang meleleh la tengok.

Next time ada lagi apa2 perubahan deco, aku akan try update dekat blog untuk sumber rujukan masa akan datang. Boleh la wat reference deko dari zaman jongos hingga ke zaman "dewasa" & "matang" gitewww.

Oklah.

Len kali pulak bersambung ya.

Tengah kumpul kekuatan untuk update entry Kohlipe pulak ni.

Tuesday, April 19, 2016

Adriana First Komuter Ride

Semalam kami dua beranak saja balik ke Jitra. Nak drive berdua memang tak larat la dengan keadaan aku sekarang ni. So decide la nak naik komuter ja dari Butterworth ke Anak Bukit. Lega sekarang da ada komuter dari Butterworth ke Padang Besar.

Ada budak tu eksaited kemain nak naik kereta api. Tak abih2 mama nak naik ketapi...nak naik ketapiii.

Sementara nak tunggu komuter ke Padang Besar sampai.

Oh ya tiket dari Butterworth ke Anak Bukit cumalah RM7.60. and Adriana FREE ok. Murah hokey. Jimat oi.


Ni dia kadar tambang komuter dari Butterworth ke Padang Besar. Hampa boleh check la berapa tmbang hampa dari tempat hampa nak berlepas and destinasi hampa nak tuju.

Jadual perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar.
Boleh refer sini untuk details.

Muka budak eksaited naik komuter.
Duk mama esok kita naik lagi ya ma.
Kesian pulak kat mek ni.
Len kali boleh la kita naik komuter ja balik Jitra kan. Suruh mak tok fetch kita kat Anak Bukit saja.

Oh masa perjalanan pun tak lama. Dari Butterworth Ke Anak Bukit pukul 7.40malam da sampai. Sat ja kan. Takdak la terasa lama ka apa ka.

Apa lagi. Next time boleh la balik berdua dengan mek ni guna komuter ja.

Korang-korang pun kalau dari Butterworth nak shopping kat Padang Besar ka apa ka, boleh la naik komuter ni ja. Jimat pun jimat. Cepat pun cepat.


Saturday, April 16, 2016

Travelog Koh Lipe : Part III

Fuhhhh...
Baru berkesempatan untuk meneruskan Part III kan..it's better late than never ya dak???

So hari kedua di Koh Lipe, pagi yang best. Aku bangun awal untuk subuh and then sorang2 jalan ke Sunrise Beach. Walking disrtnce dalam 5 minit macam tu ja. Tak jauh pun. Laki aku lepas subuh layan tdoq balik, elok la dia temankan si kenit tu kan kt hotel.

Sepanjang perjalanan ke Sunrise Beach tu akan lalu stall2 kecik mcm kampung2 skit. Untung boleh survey breakfast murah sama kat situ.


Akan lalu resort ni sebab aku jalan ke hujung pulau ni. Kalau tak silap nama resort ni Mali Best something like that la. Memang betul2 menghadap ke Sunrise Beach.

Fuhhh breathtaking scenery.
Cantik gila kannnn.

Kasik chance la tuam blog nk selpie jap.

Cantik dia tu susah nak explain weh.

Along sunrise beach...
Sepanjang ni ada resorts.

Memang teruja habis aku tengok sunrise time tu. Jakun sangat.

Rindu pulak bila upload gmbaq ni....huwaa Koh Lipe...bila la nak pi lagi.

So lepas da layan sunrise kononnya. Jalan la balik ke hotel. Sepanjang jalan memang banyak betul anjing. Tapi anjing dia tak kacau orang pun. Anjing n kucing kt sini mak aih besar- besar wei.

On the way balik tu ada jumpa kedai runcit. Singgah la beli telur 5 bijik habuan nak wat sandwich teloq kan.

Berguna betul la lunchbox ni. Boleh masak sardines, rebus teloq and ada gak satu time tu kami panaskan tomyam dalam ni and topup seafood dalam tomyam. Sepppp bajet wei. Makanan kat pulau mahai kot.

So hampa takyah ka bawak baju banyak2. Beli ja serbuk detergent tu kat 7 e depa. Basuh ja. Kat hotel ni ada balcony. Sat ja jemoq da kering. Ya lah kan musim panas and kering sekarang. Ada lunch box macam ni bawak ja. Boleh gak masak yang bodoh2 n sepp bajet. Bajet traveller sangat oiii.

So pagi tu kami breakfast sandwich sardines/ teloq ja. Sardines pun belu ja kt 7e depa. Murah ja dalam 220B gitu. Lagi murah banyak dari rega sardines hampa beli kt Malaysia.

So lepas ja breakfast kamk terus gerak ke Pataya Beach untuk sesi snokerling kami.
Macam yang da cerita kat Part II hari tu kami amek sewa boat kan untuk snokerling kat lima buah pulau kan. So disebabkan kena naik 2 bot so kami pun kena divided into two groups.

Resit. Kena bawak ya.

Ni la dia company yang uruskan snokerling kat Koh Lipe ni.

Sementara nak tunggu turn untuk naik bot. Kita layan dulu la keindahan pantai kt Koh lipe ni.

Ni semua pakat duk tunggu turn nak naik bot.

Subhanallah. Lawakan alam ciptaan Allah ni.

Lawa sangat....

The Jemah semua duk melepak kat sini. Panas sangat wei....

Lama jugak la tunggu. Kami punya group yang last-last pulak tu.
Kalau letak teloq atas pasiaq rasa mau masak gak teloq tu.

Ok la bersambung len kali pulak.

Panjang2 nanti hampa boring pulakkk.

Sunday, April 3, 2016

Senarai Pemenang Giveaway Kathy's Homemade Soap By Alia

PEMENANG UTAMA:


Pemenang Saguhati:




Kepada yang berjaya sila tuntut hadiah anda dan email ke : aliafarhansaid@gmail.com
Kepada yang gagal tuntut selepas 5 hari dari tarikh ni hadiah akan diberikan kepada next cabutan secara random.

Senarai Peserta Giveaway Kathy's Honemade Soap By Alia

Berikut senarai peserta-peserta GA Kathy's Homemade Soap:

1. SHAHIDA
2. NOR NAZLIANA
3. ALYA CHAN
4. CIK ASH
5. ZAI ZAMREE
6. KISAH EARTY
7. NUR RAIHANAH
8. MOHD NOOR SHAWAL
9. NOOR AKMA
10. NURULATIKA YUNUS
11. CIK YANIE
12. KELADI UBI
13. MAF FASHION HOUSE
14. HANI FADHLINA
15. ASHEILA ZAKARIA
16. HANIS SYAZANA
17. MURNI ALYSA
18. SITI NURZAFIRAH
19. SYAKIRAH JF
20. NISHA
21. NOOR NAJWA
22. HUSNA IZZATI


stay tune naa...pemenang akan diumum kan nanti.....

Adriana Arissa turns three

Sabtu lepas...harap maklum bday anak kesayangan kami mek kenit Adriana Arissa Binti Amir Mohammad Firdaus. Fuhhh panjang nauu nama kakak ni...esok kalau adik lelaki lagi panjang yer kakak nama diaaa....

Tahun ni kami tak buat celebration macam tahun lepas n tahun2 lepas pun. Kami celeb8 bertiga ja. The rest husband beli nasi bungkus and hantar pegi masjid saja. Jadi lah. Untuk anak mama ni.

Malu-malu pulak dia. Kalau tidak kemain lagi duk nyanyi sendiri happi beday toyu...hapi beday toyuuuu.. toyuuu pun boleh la kakak oiii...

Kami celebrate kat fav place kami 3 beranak. Tak lain tak bukan TGIF...makan sedap. Friendly staff. Tapi aku prefer lagi kat Queensbay dari Paragon.

Ni kakak Adriana punya meals.

As usual mama n papa kalau mai TGIF mesti nak order Tenesse Steak saja. Sedap oiiii. Mesti mau medium saja..well done well done ngak mau ya.

Apa pun to anak mama, Adriana Arissa semoga kakak jadi anak yg solehah. Sentiasa membahagiakan mama n papa. Jadi anak yang menjaga solatnya dan semoga kakak menjadi muslimah yang baik.

Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png