Agoda


Saturday, January 30, 2016

Penyewa rumah tak berbayar dan tak diundang

Topik:- Penyewa rumah xberbayar
(Tanyalah ustaz 28jan2016)
By Ustaz Suhaimi

👉Tempat yg suka didiami oleh jin:-

1. Tandas- adalah istana jin (jin jantan dan betina). Ramai yg kena stroke akibat jatuh di toilet. Sebab tu kita kena baca doa sebelum masuk toilet n masuk dgn kaki kiri. Paling least bacalah bismillah sebelum masuk toilet supaya dpt perlindungan Allah.

2. Bilik2 yg tak didiami- contoh, anak gi asrama n bilik anak tu xde sesiapa tinggal. Slalulah solat sunat dlm bilik2 tu n tampalkan surah Al-Jinn ayat 1-10 dlm bilik tersebut.

3. Tempat2 yg ada perhiasan spt emas

👉Lagi tinggi rumah kita lagi byk level2 jin yg menyewa..ustaz xshare bab ni sebab takut bila kita naik setiap level rumah kita akan terpikir pasal jenis2 jin ni.

👉If kita tinggalkan rumah dlm tempoh more than 7 hari, makhluk halus akan pindah masuk. Jadi bila balik bagi salam n jgn terus jump on anything esp ur bed, kena kibas2 dulu. Body kita juga bole sense kalu ada gangguan di rumah spt bulu roma meremang n heartbeat akan increase..

👉Bila rumah ada gangguan, akan ada gangguan dlm sistem tido kita which lead to:-

Gangguan dlm sistem dikepala (contoh slalu headache) then,
Gangguan sistem emosi, kemudian,
Gangguan sakit tulang blakang, nxt,
Gangguan dlm sistem semua sendi2..

Gangguan2 ni semua akan beri gangguan keseluruhan dlm hidup kita.

👉Kita disarankan slalu berwudhu, sebab secara xlangsung bila berwudhu kita akan gosok2kan anggota kita spt tangan, kaki, kepala yg akan buat sistem pengaliran darah smooth ke those parts..manakala berkumur dan bersihkan hidung pula bole elakkan dari gangguan2 masuk dari those parts of our body.

👉Jgn pakai pakaian yg sudah kotor, head to toe termasuk tudung, anak tudung, innerwear, baju, seluar (esp jeans yg org kerap pakai berkali kali), socks etc..Slalunya dlm 4jam kluar rumah kita pasti sudah berpeluh..baju yg kita pakai dah consider kotor.

👉Sebelum kluar rumah - Baca bismillah 21x, al-fatihah, ayat qursi (selagi baca tersangkut2 jgn kluar).. tapi jika xsempat paling sikit bacalah bismillah 7x.

👉Sekurang2nya sebulan sekali baca sendiri surah al baqarah di rumah. Jgn baca sesuatu ayat sehingga 24jam, kadang2 badan xbole terima rasa kepanasan..ini umpama kita makan ubat terlebih dos.

👉Bila tidur jgn pasang ayat2 quran sehingga tidur kerana akan mengganggu gelombang badan utk tidur..cukup praktikkan apa yg Rasulullah sarankan.. bila tidur umpama mati kecil jadi tinggalkan semuanya..

👉Utk terapi diri, dirumah setiap org patut ada baju yg specific utk solat, sejadah sendiri utk solat n quran sendiri utk dibaca..

Ni antara ilmu yg disampaikan oleh ustaz tadi. Just wanna share with all, hopefully xtersalah tafsir..

posted from Bloggeroid

Thursday, January 28, 2016

Food Review : Al-Araby Seberang Jaya

hai hampa
lama mak jem tak bersiaran kan...
actually few days back ting tong...
fasa down sekejap!
nanti la mak jem cerita bila everything is clear ok...

kali ni mak jem nak cerita pasal 1 kedai makanan Arab ni.
located kat Seberang Jaya alaa dalam Tesco Extra Seberang Jaya ja haa.


Keadaan dalam kedai makanan tu. Ok la not bad.

Tukang belanja. Tenkiu papa!


Nasi Ayam Mandy ku. for me, sedap lah!


Air teh pudina yang sedap.

Ni pulak nasi beriani kambing yang en suami makan. Dia kata ok la not bad cuma banyak sangat and jadi muak.


Rate utk kedai makan ni;
3.5/5
Oklah.potion pun ok...xla byk mcm sstgh kedai mknan arab kan.



Lepas makan, maka kami pun berjalan-jalan kat dalam tesco tu.

Boleh pulak ternampak kereta control tuuuu, mula la mek kenit tu nak naik bagai.

Bukan main kan.

Adriana nanti besaq bawak mama pulak naik keta Adriana ya!
Amboih...naek keta pun pakai helmet ka Anena oi?

ok lah...

hampa2 yang nak try makan nasi arab aoa tu boleh la p try makan kat sni ya.

Sunday, January 24, 2016

For whatever the reason is...


STAY CALM ALIA...
ALLAH KNOW THE BEST...

Resipi : Udang Masak Sos

Kali ni berturut2 entry resipi saja ya.
Diharap bertabah la ya sesapa yang baca. Ada ka yg baca?
Hikhik

Untuk resipi kali ni kan...tercetus la dari idea da cemuih nak makan sambai udang. Tapi tetap nak masak udang jugak. Nak habiskan and clear stock yg ada. Apa lagi, jom kita main masak2 ja asal boleh.


Bahan-bahan:
♡ udang
♡ dua sudu paste ibu sambal (RESIPI SINI)
♡ sos cili
♡ sos thai
♡ bawang besaq potong bulat2 besaq
♡ crushed garlic
♡ daun ketumbar jawa
♡ garam
♡ kunyit
♡ minyak untuk menggoreng udang


Cara-cara:
1. Goreng udang sebentar.
2. Utk kuah, selepas goreng udang tu..minyak tu amik guna skit untuk tumis garlic n bawang tu.
3. Masukkan 2 sudu paste ibu sambai, sos cili dan sos thai.
4. Then masukkan air dan kacau hingga kuah pekat.
5. Then masukkan daun ketumbar dan bawang besar yang balance tadi.
6. Kalau tak rasa garam, masukkan sikit bagi rasa dia balance.
7. Then masukkan udang yang dah digoreng tadi.
8. Siap boleh angkat da hidangkan.

Taraaaa...siap la untuk makan kami 3 beranak. Masak simple2 ja lah biasanya yg ON pun kat rumah ni.

Takpa lah..janji masak dari asyik makan luaq je pun rasa jemu n muak gak.

Saturday, January 23, 2016

Resipi : kuey tiaw goreng simple

Ok lah hampa...
Ada dak sini yang suka makan kuey tiaw macam aku ni tak???
Kalau suka...hampa boleh la try goreng sendri dekat rumah. Bukan payah pun. Senang n kacang ja wei.


Bahan-bahan:
♡ kueytiaw
♡ paste ibu sambal (boleh refer SINI utk resipi)
♡ sos tiram
♡ kicap manis
♡ kicap ikan
♡ udang
♡ sotong
♡ fish ball
♡ anak kobis (orang selalu panggil baby kailan..walhal dia baby kubis kot)
♡ crushed garlic
♡ minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis crushed garlic.
2. Masukkan paste ibu sambal , sos tiram , kicap manis dan kicap ikan.
3. Masukkan fish ball dan kemudiannya kueytiaw.
4. Ratakan dan kacau kueytiaw sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.
5. Bila da sebati masukkan udang, sotong dan anak kubism
6. Taraaa...sedia untuk dingappp.

Actually masak kueytiaw ni tak sampai pun 10 minit kalau bahan2 da tersedia dah. Sebab tu aku prefer guna paste ibu sambai tu. Senang...nak masak apa pun senang ja kekdahnya. Ni pun da start risau n runsing sebab stock ibu sambai aku tinggai skit ja. Alahai.

Bilik makpak feat bilik anak2

Saja nak pinned gmbaq2 ni kat blog supaya senang utk rujukan masa akan datang. Yalah, of course la kita nak expand kan family kecik kami ni kan...







Reference untuk masa hadapan!
Tapi kalau boleh nak la train Adriana tdoq kt bilik dia when she's 3 years plus.
Hopefully la kan

Tuesday, January 19, 2016

Beauty Swap 2016

hai korang....

ada yang berminat nak join BEAUTY SWAP TAK???


range price dalam RM100 or more....
but range price tu pun depends dengan kita


kalau ada yang berminat nak join boleh email ke

aliafarhansaid@gmail.com

atau

whatsapp

0133363775


Sunday, January 17, 2016

Food review: Pak Mat Western

hai hampa...
da lunch ka?
weekend hampa macam mana?best dak hari tu?
mine ok ja...time tu la lega dapat spent quality time bersama keluarga kecik kami ni haa...
ya la kadang2 kita punya bz tu mngalahkan PM kita Rosmah pulek kan...
tapi takpa la...try takmau bz macam KAK MAH n nak chill ja mcm ABG JIB kita... ehhh

apa pun meh sini nak cerita satu port makan baik kat area rumah aku ni jugak. memang dekat2 jugak la dengan juru ni ha. Seronok la ada port makan baru yg best sedap dan yang penting murah kan. zaman GST zaman berjimat, nak makan western tu kena la pandai2 pilih gak kennnn. Ni semua berpunca dari Zai Zamree yang upload kata makanan kat sini sedap!!!

sory la aku amik gambaq sipi-sipi saja lah. Takut satg sister hat duduk tu mai lempang aku pulak pasaipa duk amik gambaq dia pulak nayaaaa jaaa.

Actually kedai ni macam nak kata astaka tu pun boleh gak. Sebelah dia ada tomyam. So sapa nak makan Western n Tomyam hampa leh la mai makan sini sekaligus.

Ya ya ja kan baca menu. Penat aku nak rebut ngan mek kenit kalau tengok menu. Semua menu dapat kat dia. Amik la amik la. Sebab tu la aku jarang2 upload menu dari buku menu tu sebab nan hado la aku leh pegang lama2 kadang2 tu main order ja lah. Apa buleh buek anok den ngaco ajo nya haa.

Muka sabar menunggu Chicken Chop!

ni haa chicken chop dia...bagi aku sedap la. ayam dia pun tak kering. black pepper dia pun tak over black pepper macam sestengah kedai tu kan. Gravy dia sedap la bagi aku kan.
Harga dia??? RM8.90 SAHAJA YA....
YA BETOIIIII RM8.90 SAHAJAAAAAAAAA TAUUUUU
kami laki bini memang order Chicken chop ja. tekak nak western sangat. lamb chop next time kita order k...

ni pulak order kat Adriana. Bagi aku spaghetti meatball dia ni sedap la. memang berbaloi gak la.
HARGA DIA???
PUN RM8.90 JUGAK DIK NON OIIIIII
Tapi disebabkan Adriana dah mecekik dua keping roti sebelum p makan tu, maka dia pun xabih la makan ni. Sudahnya mama ngan papa dia termonyeh2 habiskan. huuuu macam mana nak kuruih la tu kannnn.

haaa. n i kalau hampa pening2 nak tau location dia, hampa direct ja kol depa ni. Satg aku duk cerita kat sini pun melalut ja lebih ha. baik hampa kol ja.

AND YANG TERPALING BESTTTTTTTTTTTTT


depa bagi chop macam ni, so 10 cop tu hampa dapat la free gift. Gift apa tu tak tau la kan. Kalau dapat FREE CHICKEN CHOP pun sapa nak bagi kan. p makan KFC pun xdak kumpui lagu ni. baik support bisnes macam ni kan. Dengan makanan dia pun sedap and murah pulak tu why not kan jadi port tekak western aku ni kalau dia nak ber western....

heee....

oklah hampa saja buh water mark besaq2...satg takut kena cilok ngn penang kini...kahkah

nak sambung wat taik mata sat

Saturday, January 16, 2016

Terrarium open for order

Hai hampa....
Ada kat sini peminat terrarium tak?
Kalau ada peminat terarium atau cactus khasnya...kalau la teringin nak order terarium boleh order tau kat mak jem.


Ni la antara cactus2 dan succulent tree yang akan digunakan dalam pembikinan terrarium tau

Ni antara contoh terrarium yang aku wat untuk rumah. Harga bergantung kepada size, jenis cactus dan succulent yang digunakan.
Kalau cactus yg jenis ada bunga merah kuning bagai tu mahai sikit la tau.

Apa pun bagi yang berminat nak beli terrarium ni boleh whatsapp 0133363775 ok.
Setakat ni semua kita pass by hand. Tak wat la by postage. Tak reti pulak nak pos menda2 mcm ni haa.

Oklah tu ja nak update tau.

Friday, January 15, 2016

Khasiat Ais Untuk Muka

Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais

Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya

Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda

Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek

Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan

Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .

Mesti korang suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma korang kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea sambil letak kuib ais pada wajah .


*** aku memang kalau make up untuk bersanding ke outdoor ka memang aku akan pesan awal2 dekat pengantin suruh letak ais sikit kat muka diorang. Salah satu tujuan muka akan glow n moist. Pastu make up pun akan tahan lama. Lagi2 nak outdoor xda la muka kau bercapuk sana sini ha.

Apapun tempahan untuk make up sanding, dinner , bertunang, dll utk 2016 masih dibuka tau. Berminat boleh whatsapp 0133363775

Bilik Sewa Harian Di Jitra

Mencari bilik sewa harian di Jitra sempena kursus dan sebagainya? Kami menyediakan bilik sewa harian serendah RM60.
Pengangkutan ke airport Kepala Batas disediakan ( sekiranya available) , wifi dan breakfast jugak disediakan.
Berdekatan dengan POLIMAS, Institut Perguruan Aminudin Baki dan ILP Jitra.
5 minit ke Bandar Darul Aman,
10 minit ke Pekan Jitra
30 minit ke Changloon dan Jitra.

Hubungi Puan Khalijah 0134329077

Tuesday, January 12, 2016

Resipi : Grilled Chicken Mudah Dan Simple

Salam hampa semua.

hari ni masak apa kat rumah untuk dinner?
kalau takdak idea meh nak share satu resipi yang kacang gilaaa


amcam?
terliuq dak tengok grilled chicken ni
sebenaqnya simple ja resipi dia

jom tengok bahan-bahan n cara dia.

Bahan-bahan:
* chicken (aku guna bahagian peha n tights/ any parts pun boleh ikut korang suka parts mana la kan)
* BBQ sos
* kentang
* carrot
* brocolli- ni takdak so tak bubuh
* cherry tomatoes
* sos cili
* serbuk paprika
* kicap
* sos tiram
* gula merah
* cuka / perahan lemon


Cara-cara:
1. Perapkan ke semua bahan tadi sekali dalam 2 jam. lagi lama lagi best!
2. Panakan ovem pada suhu 220C selama 10 minit
3. Bakar ayam ni selama sejam.


tengok gambor ni terus rasa macam nak makan ayam ni malam ni. Tapi apa kan daya tak bawak keluaq lagi chicken tu ha. Ater balik nanti keras kejung la lagi haa.

ok lah.
tu ja lah update untuk hari na.
Jangan marah makjem.
Makjem bz tau...

Saturday, January 9, 2016

Qu Puteh & Dato Vida


Ada ka orang tak kenai Dato Vida ni sapa? Yalah kalau tengok Gegar Vaganza tu mesti semua rata2 komen kat Fb nak muntah la apa la. hampa muntah hijau pun hampa tak kaya macam Dato Vida ni. seriously la aku kagum dengan dia sebab dia ni konpiden level dia tinggi nak mam. Sebab apa kata nak mam? sebab nya cuba hampa tengok Estee Lauder ka hat brand2 femes hat lain, xdak nya tepek muka pengasas, semua tepek muka2 retis yang terkenai nyah oi. Bukan Dato Vida ni tak mampu setakat nak bayaq Si Erra Fazira ka sapa jadi duta produk kecantikan dia. Tapi dia relax ja "QU PUTEH QU PUTEH BARU LAH PUTEH MUAHHH" jari kat pipi okey. Adriana pun sampai boleh follow la. kahkahkah. Trending oiiii.

Hari tu laki aku duk video Terlajak Puteh yang Paknil tu kan, tetiba aku pun join sekaki. Oiiiiii kaya nyaaaa oiiiiii. Kereta dia takyah cakap la bapak punya banyak and mewah. CRV bawak p merket ja...hang mampu bawak CRV p merket beli sayoq???


Gila kelass mak cik sorang ni. Yang bestnya most of kereta dia kaler puteh..bila paknil tanya kenapa banyak kereta kaler puteh...tau dia jawab apa? kan Qu Puteh...kena la puteh2.

Tu belum cerita beli crown diamond ada cert lagi bhai. Ada handbag beli tak pakai yang chanel ka apa ka ntah..malu nak pakai sebab takdak blink2..eshhhhh..Dato kalau malu..mai la bagi kat saiyaaaa Dato oiiii. Menangis tengok handbag dia ja. Baju hang takyah cerita la semua wajib kena BLINK BLINK.


Rumah dia ada berapa bijik pun aku tak hingat dah. tapi memang banyak la. Menangissss la mak jem.

Ni hall kat rumah 4 tingkat dia tu. Dalam rumah ada lift. haihhhhh seronok2 tengok life orang kaya ni noh. Tapi sebelum dia kaya pun macam2 kan dia pernah lalui...tu belum yang cerita 2 orang anak dia meninggal masa kebakaran kat rumah dia dulu.

Apa pun aku memang respek makcik sorang ni. Ya la kadang2 memang la agak annoying but at least marketing dia berkesan ka. Sapa tak kenal Dato Vida Pamoga Qu Puteh tu haa? cer habaq mai. Inspirasi aku untuk buat sabun homemade yang level2 LUSH COSMETICS gitewww haaaa.....
Bukan apa seronok bila kaya ni kita boleh tolong2 sedara2 kita yang susah2 kan. Aku teringin sangat kalau aku kaya, teringin sangat nak wat program weekly utk feed homeless. seronok kan perasaan dapat tolong orang2 yang memerlukan ni. Hrap2 la impian aku tu satu hari nanti boleh jadi kenyataan and kalaulah aku kaya satu hari nanti semoga aku tak lupa diri dan tak lupa kepada orang2 yang lebih memerlukan ni.

ok lah good nite semua.

Friday, January 8, 2016

Movie Review : Dilwale

Hai dah lama gila aku tak buat movie review kot weiii
Maunya tak sejak2 ada anak ni memang susah la aku nak jejak kaki ke cinema dengan husband berdua ja kan...kalau ya pun mesti tengok cerita cartoon. Nasib baik boleh la layan sampai habis. Kalau nasib tak baik sipi2 nak habis cerita macam Hotel Pensylvania tu Adriana da nangis2 nak susu. Warghhh mak jem is stress!!
Nasib Minion si kenit ni tdoq masa tgh2 cerita and bangun sambung tengok movie macam biasa.

Kes DILWALE yang terlepas tengok ni kes tinggal si kenit ni kat umah bs dia. Fuhhh sempat la p muvie date ngn papa dia kat Gurney Plaza. Nak dating ngan suami sendiri pun payah...asyik bz kedaung ja. Xpa lah...kerja kuat masa muda, tua2 boleh relax kat umah main dengan cucu2 ye dak?

Ok lah...rasanya semua pakat duk gila dengan DILWALE kan...

Lawa kan si Kajol ni. Aku memang duk kagum tengok Kajol ni ja. Tapi geli pulak aku tengok Si SRK ada jambang. Hihihi

Cerita dia ni pasal gangster2 la, si SRK ni anak gangster Team A...si Kajol ni pulak anak gangster Team B yang mana duk bermusuhan. Si SRK pulak jatuh cinta dengan si Kajol ni kiranya awai2 Si Kajol ni macam saja la berlakon suka kat Kaali or SRK ni. Nama Kaali tu tak glam kan. So conflict pun terjadi la lepas2 tu.

Alaaa hampa pun boleh teka la sypnosis cerita dia. Malaih nk cerita panjang2 tapi yang pasti nya lagu2 dia best2...duk JANAM JANAM JANAM..JAHANAM LAH AKU REJA NYANYI LAGU JANAM JANAM NI
GERUA pun best sampai asyik ternyanyi. Kalau dari segi jalan cerita dia bagi aku takla best mana pun.
Laki aku cakap baik layan kat Astro First...biadap kan! Kajol n SRK kot...kompem la aku nak tgk kat cinema. Dulu KUCH KUCH HOTA HAI...DILWALE DULHANIA LE GAYENGE N KABHI KUSHI KABHI GAM tu semua zaman aku tak jejak kaki kat cinema lagi. Bagi chan la bini nk tengok kat wayang cik abam syg oiii.

Orang yang hat duk bising kena surung p cinema tu last2 duk GERUA GERUA GERUA...JANAM JANAM JANAM....
kan aku da cakap...laki aku ni mmg kaki hindustan tp saja poyo.. lagu2 hidustan siap hapai lagi. Aku menyanyi lagu Dilwake Dulhania Le Jayenge dia pun join sekaki. Muka ja ketat...hati hindustani heyyyy...

Walaupun cerita ni bagi aku agk BIASA kalau dibandingkan dengan KUCH KUCH HOTA HAI atau DILWALE DULHANIA LE JAYENGE tetapi tetap la menjadi one of MUST WATCH khas utk peminat Kajol N SRK. Cuba kalau Kajol ngn laki dia...nan hadooo aku nak p tengokkk haaaa.

Duk kagum dengan kecantikan Kajol tak abih2 lagi...huwaaa cantiknya awak ni Kajol. Ok lupa nak telan collagen hari ni. Japg kena pantas bangun minum collagen sebelum tidoq ni. Ohoiii kata nak segak dan lawa macam Kajol. Vitamin C and E shaklee pun xleh skip. Baru la Qu Puteh...ehhh. marah Dato Vida aku pinjam tagline dia nnt haaa.

Ok lah...tu ja lah nk review yang tak berapa nak review tu. Pendek kata..hampa yg suka couple ni elok la p tengok. Aku nak cari link nak download nanti. HAHA
HAHA GELAK SYAITON!

Nite hampa. Nak mimpi segak macam Kajol la malam ni. Ehhhh

Food review: Roots by Melting Bites Bayan Baru Penang

Sebenarnya kan p makan kat sini dah lama. Lepas dari Jumpstreet lagi dah p makan kat situ. Tapi asyik mood ke laut laut laut ja. Haaa kan dekat Ao Nang baru dapat ilham nak update sebab dah puas ke laut kan.

So untuk pengetahuan korang Roots ni terletak dekat Bayan Baru. Berhampiran dengan market Bayan Baru tu.

Jom layan gambar-gambar kat dalan Roots tu.


Dalam dia memang class, dari segi deco memang ok cantik sangat.

Siap ada ruang tempat main untuk budak lagi. Memang Adriana suka la wei....

Ok bab makan.

Ni yang aku order. Spaghetti with grilled chicken. Aku amik agloi olio punya spagetthi ja. To be frank bagi aku ayam dia macam keras, macam over grilled. Pasta tu ok rasa dia.

Yang ni pulak yang husband aku punya. kita orang amik yang set punya sekali dengan ayaq. tapi bezanya dia amik chicken chop aku amik grilled chicken. Pasta dia bolongaise, cuma part chicken chop tu rasa dia pun over fried and dah jadi keras dan tak moist.
And yang paling agak tak best kami kena tunggu almost 45minutes untuk dapakan meal yang kami order. Walhal, sebelum kami ada 2 customers ja itupun depa memang tengah makan.

Overall, dari segi food bagi aku dan suami agak "frust" sebab banyak aku tengok review cakap ok. Mungkin nasib kami hari tu kot tak berapa nak OK dapat makanan tak memenuhi citarasa kami dan servis pun agak lambat. Nasib lah deco cantik dan ada tempat untuk anak bermain kat situ, bukan apa kalau ramai orang kami boleh terima servisnya lambat dan rasa makanan yang agak mengecewakan.

Diharap pihak The Roots dapat menambah baik atau improve service yang sedia ada. Bukan apa, cafe anda memang berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi cuma kena pastikan servis dan rasa tu sentiasa maintain.

Sekian review dari makjem dari kejauhan.


Dwi Dara Collagen Complex Review

Dah masuk 2016 weiiiii
which means umoq mak jem dah nak cecah 31 tahun dis year weeiiiiii
tua wei rasanya.

Bila umoq da meningkat ni, benda yang kita paling rasa tua bila kita tengok kulit kita. Yalah biasanya kulit yang akan nampak dulu. Dengan sagging nya, garis2 halusnya pastu rona kulit pun kadang tak sekata. Adussssss benci tengok kulit kalau jadi macam tu. Sebab tu la pentingnya pengambilan collagen. Untuk sustain kulit kita supaya muda dan anjal gituuuu haaaa.

Biasanya collagen sekarang ni mai dalam bentuk powder form kan, which kadang2 tu rasa macam MALAS nya lahai nak bancuh bagai kan!!! Sapa PEMALAS macam mak jem angkat tangan kaih.....TAPI DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni punya la best sebab dia dalam liquid form. Hampa koyak sachet tu hampa teruih boleh minum!

Ni lah dia produk DWI DARA COLLAGE COMPLEX tu. Dalam satu kotak ni ada 20 sachet tau.

Ni haa... dalam bentuk sachet ni. KOYAK DAN MINUM. Takyah susah nak shake2 and bancuh bagai. Sesuai untuk orang PEMALAS TAPI NAK CANTIK macam makjem yang sentiasa nak JELITA.

Feeling2 retis sangat minum dan sedut collagen ni tepi pool bagai tau. Kalau hampa nak tau rasa collagen ni pun sedap ada rasa kurma skit. Mak jem memang suka la pendek kata!

Yang paling bestnya bila da dalam bentuk Sachet gini kan, hampa boleh la bawak p travel ke sana sini. Tak payah bancuh pulak tu. biasanya mak jam akan amik collagen ni pagi-pagi masa perut kosong sebelum breakfast. P Krabi hari tu pun senang ja, koyak dan telan collagen. Kalau nak kena bancuh2 ni memang ke laut la jawabnya!

Ni la antara bahan2 dalam DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. No wonder la sedap nyah! Yang paling penting ibu mengadung dan ibu menyusu pun boleh amalkan tau DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kalau lelaki nak bajet jadi macam AARON AZIZ pun boleh la try amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni haa. Takdak masalah pun.

Antara khasiat lain DWI DARA COLLAGEN COMPLEX. Boleh gak diambil sebagai supplement or makanan tambahan untuk badan kita. Benda baik tak salah nak amalkan, ye dak!

Ni kesan berterusan kalau kita amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kulit pun boleh cerah dan flawless wei. Bila kulit flawless ni nak make up pun tak susah2 sangat.

Ni selepas 5 hari amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Oklah, jerawat pun malu2 nak tumbuh n kalau yg da tumbuh pun cepat2 ja kecut. Pastu bila nak make up pun light make up da cukup dah. Tak payah nak guna concealer bagai dah. Yang penting kan kulit jadi kurang berminyak , kulit makjem ni combination skin. oily kat T zone dan kering kat pipi. So bila kulit combination ni make up susah nak stay long hampa tau dak. Tapi sejak amalkan DWI DARA COLLAGEN ni kan foundation tepek sikit ja pun dah ok boleh tahan dah. Muka pun dah kurang berminyak tapi dia rasa moist2 gitu. Suka la mak jem bila tak payah nak tepek foundation tebai2 nak oiiiii.

SO kalau hampa berminat nak beli DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni hampa boleh la follow laman-laman sosial yang tertera kat bawah. Pendek kata SELAMAT MENCUBA na...

Instagram: @dwidaraauthorized

Hashtag: #dwidaracollagen #dwidaracollagencomplex

Facebook: facebook.com/dwidaraauthorized

Hotline: 018-219 5350



****** this is sponsored review. Review ni diberikan setelah mak jem sendiri mencuba produk ini*****
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png