Agoda


Monday, December 26, 2016

Resipi Berpantang : Ikan Jenahak Masak Asam

Antara menu faveret dalam pantang ni masak asam. Perghhh menjejeh ayaq lioq wei.



Jom kita tengok bahan -bahan and cara-cara dia.

Bahan-bahan:

4 ketul ikan jenahak
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih

Cara:

1. Goreng ikan jenahak dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!

Ni kalau tak berpantang memang dah lama letak cabai melaka banyak-banyak tali sebab dalam pantang maka cabai melaka takleh la bubuh ya.


Makan pulak dengan nasi panas-panas and letak habbatus sauda memang umphhh betul!

Selamat mencuba bagi mak-mak yang berpantang



4 comments:

  1. akak suka akak suka..sebenarnya menu dalam pantang sangat sedap..tapi sayang takleh tambah nasi..huhuhu

    ReplyDelete
  2. nnti boleh try buat guna resepi alia.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau biasa2 pun sedap gak...tak pantang pun sedap lauk ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png