Agoda


Friday, December 9, 2016

Friso Gold: Anak Kuat Dari Dalam dan Luar dengan Friso Gold

Pernah dengar pasal sistem penghadaman yang baik mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak?

Kalau korang nak tau, sistem penghadaman yang baik bukan saja mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak tapi sistem penghadaman juga mempengaruhi pembesaran dan emosi anak-anak kita. Baik sistem penghadaman anak kita, In Sha Allah sehat la kesemuanya.



Sebagai seorang ibu, dah pasti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Untuk pengetahuan korang Friso Gold dengan Teknologi LocNutri.

Kalau korang nak tau, kebanyakkan makanan diproses ( processed food ) ni selalunya diproses dengan menggunakan haba yang tinggi dan menyebabkan kandungan nutrisinya seperti protein rosak. Sama la jugak halnya dengan susu formula.



Dan seperti yang kita sedia maklum, once protein tu rosak maka penyerapan ke dalam usus pun akak terganggu dan akan menyebabkan ketidak hadaman, senak, sembelit dan lain-lain masalah dengan penghadaman.


Untuk pengetahuan korang, Friso Gold dengan teknologi LocNutri telah dicipta untuk menyingkirkan masalah ini. Teknologi LocNutri menggunakan haba yang lebih rendah untuk memastikan protein berada dalam keadaan yang sepatutnya dan lebih natural kepada keadaan asal strukturnya.


Struktur asas protein.


Fungsi protein adalah penting untuk pembentukan struktur otot, kulit dan rambut. Antara fungsi lain protein adalah membentuk antibodi dan immunisasi kepada badan untuk memelihara si kecil kita agar sihat secara luaran dan dalaman.


Adriana Arissa ni kalau tengok-tengok balik dari segi perangainya seorang anak yang "adventurous", suka kan menda yang baru dan mencabar. Dan dia tak takut pun dengan ular macam mama dia 😑😑😑


Walaupun suhu di Busselton ketika ni mencecah 10 degree C tapi si Adriana kami ni tetap steady berlari ke sana sini sambil mengejar seagull. Mama dia dah mengigil kesejukkan walaupun lemak tebal berinchi-inchi tapi dia tetap steady!


Penting untuk kita as parents untuk memastikan anak-anak kita sihat dari segi dalaman dan luaran. Bila badan sihat daru segi dalaman dan luaran, secara automatiknya "confident level" anak kita juga akan bertambah. 

Dan sebagai parents juga, kami pilih untuk mencuba Friso Gold 4 untuk Adriana sebab yakin dengan nutrisi yang dikekalkan oleh Friso melalu teknologi LocNutri nya itu. 




Selain kandungan nutrisinya yang berkhasiat, rasa vanillanya juga turut menarik hati kami untuk mencuba kepada si Adriana ni.


Seronok bukan main dengan Friso Gold 4 ni.


Selain daripada memastikan si Adriana kesayangan kami dapat nutrisi yang sepatutnya dari pengambilan susu formulanya, kami juga turut menitik beratkan pengambilan;

  • Buah-buahan ( buah anggur, kiwi, pisang dan oren antara kesukaan Adriana..bagus sebab kesemua ni kaya dengan vitamin C semulajadi yang diperlukan)
  • Air masak secukupnya
  • Protein dari sumber makanan ( oh Si Adriana ni memang favourite dia makan ikan..sikit-sikit nak fish mama)
  • Sayur ( favourite dia mestilah carrot atau lobak merah)



Aktiviti luar rumah, mandi air hujan buatan sendiri. Seronok bukan main sekali sekala dapat mandi di luar rumah 😊😊😊




Dari segi luarannya pula, as parents kami turut mengalakkan Si Adriana untuk mencuba benda-benda baru seperti :

  • bermain dan bersukan di dalam indoor theme park yang banyak terdapat di mall-mall sekarang nk
  • Membela haiwan peliharaan : setakat sekarang ni kami cuma membela ikan guppy tapi kami dapat lihat bagaimana prihatinnya Si Adriana dengan ikan-ikan guppy peliharaan kami.
  • Menolong kerja-kerja rumah seperti mengemas permainan.
  • Menolong "gardening" di kebun balkoni kami.
  • Mendengar segala cerita yang disampaikan oleh Si Adriana ( let her speak what she wants to tell you by this way she will improve and boost her confident)


First time bawa basikal tapi da steady! Caya lah anak mama ni😚😚😚


Dengan pendedahan kepada benda-benda baru di luar yang berfaedah, si anak akan :
  • Kuat daru segi fizikan, emosi dan mental.
  • Berasa yakin dengan kepercayaan yang diberikan kita.
  • Perkembangan positif bila berada di persekitaran yang positif.


Bagi korang-korang yang berminat dengan produk Friso Gold and berminat nak try sample Friso Gold, boleh la layari Friso Gold untuk maklumat yang lebih lanjut. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png