Agoda


Friday, December 2, 2016

6 Website Yang Anda Wajib Lawati


Cakap pasal teknologi, kita mesti tau kemudahan internet. Segala-segalanya mudah dan berinformatif, semuanya di hujung jari sahaja. Cukup dengan click-click, nah terbentang segala maklumat yang dikehendaki. 

Sejak dari zaman belajar di Uni lagi, internet merupakan medium yang paling mudah untuk aku mengakses segala informasi mengenai something. Hidup di zamab serba canggih ni, lecturers pun hantar and upload assignment dekat system ja, and dari system tu biasanya kita kena akses internet untuk tengok dan "download" apa assignment yang ditugaskan.

Bukan cuma assignment, dulu-dulu masa kt Uni as engineering student kadang-kadang bila "rajin" sangat tu, mula la malas nak buka buku engineering tebal-tebal kan. So banyak la tutorial-tutorial contoh calculation yang ada di internet. Serius memang suka sangat akses internet untuk buat kerja masa kat zaman Uni dulu.


Kalau korang nak tau, pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Korang mesti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.


Kat sini meh aku nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada ramai orang.

Jom kita check website-website tu 


1. Jawatan kosong

Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.




2. Jawatan kosong kerajaan 

Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.

3. Kerja Kosong 

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.



4. Saps Ibu Bapa 


Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.




5. APDM

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.



6. Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.



Kalau tengok enam-enam website yang dinyatakan di atas, kebanyakkannya memudahkan kita sebagai pencari maklumat especially tiga web terawal tu. Ketiga-tiga web terawal tu sangat-sangat membantu mereka-mereka yang tengah menganggur dan sedang mencari kerja. Bukan terhad untuk para penganggur saja, para ibu bapa yang nak pantau prestasi anak-anak kat sekolah lepas ni pun da mudah sangat-sangat kan.

Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu pembaca sedikit sebanyak. Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada semua. :)




3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png