Agoda


Friday, November 25, 2016

Resipi : Sotong Steam Limau

Okla straight to the point nak share resipi sotong steam limau / lemon ya. Resipi ni sebenarnya senang sangat-sangat tau. Pejam mata pun boleh buat.


Sotong steam limau / lemon


Bahan-bahan:
* 5 ekor sotong dikelar-kelar
* bawang putih 7 ulas (crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* cabai melaka 8 biji(crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* air pati limau kasturi/ nipis( siam mari) -2 sudu besar
* namfla (2 sudu besar)
* ajinamoto ( sikit je)
* gula ( 2 sudu besar)
* daun ketumbar / corriander

Cara-caranya:
1. Panaskan 1 cawan air dan biarkan menggelegak dan masukkan air pati limau.
2. Masukkan namfla, pak aji dan gula. Lepas tu agak kuah da pekat masukkan pulak garlic and cabai melaka yang da crushed tadi.
3. Biarkan menggelegak and rasa apa yang kurang, kalau kurang masa sila letakkan lagi air pati limau tu..kalau kurang masin masukkan namfla klau manis x rsa masukkan gula. 
4. Bila kuah da pekat masukkan sotong and masak kejap. Actually dalam 2 3 minit pun sotong tu da masak.
5. Keluarkan sotong da masukkan dalam pinggan and kuah tadi masak lagi sampai pekat and tinggal skit ja (air sotong kan keluar bila da masukkan sotong tadi). So aku suka kuah steam limau aku pekat, so aku biarkan mnggelegak sampai kuah tu tinggal skit.
6. Kuah da tinggal skit maka tuang ja terus atas sotong. And letak la daun ketumbar / corriander as hiasan kat atas tu.
7. Da siap makan panas-panas memang marvellous. 

Kuah tu siap nak berhirup lagi. Aku la tu. Memang addicted betul dengan makanan2 siam ni. Mana nak lari kalau da ada darah-darah situ gak.

Apa pun selamat mencuba ya.

5 comments:

  1. merecik tgk sotong hgpa alia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple2 saja kak el...
      Nk msk yg lain da xlalu dah

      Delete
  2. cantik corak kat sotong tu kak..:D

    ReplyDelete
  3. The way alia present sotong ni nice! Nak kelar sotong cani jugak lah

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png