Agoda


Saturday, November 26, 2016

Resipi : Masak Tempoyak Pucuk Kayu

Kali ni nak cerita skit makanan favourite masa duk kat Melaka sana. Ye lah walaupun duk Melaka kan, tapi tempat belajar aku UniKL MICET tu dekat-dekat sempadan dengan Nismilan haa. So aku ni memang berhantu and berahi skit ngan masakan Nismilan ni haa. Lagi berapi lagi berhantu gitu haaa.

First time rasa Masak Tempoyak Pucuk Kayu ni masa bulan puasa, masa tu pi ke PaRam kt Tampin tu. Ya ampun, sedapnya lahai. Meleleh bhai meleleh. Masak lemak tempoyak orang Kedah tak kick macam masak lemak tempoyak Nismilan ni. Sebab tu aku duk kat sana asyik bedai masak lemak cili padi yo.

Mengikut kata-kata kawan-kawan aku yang berasal dari Nismilan, masak tempoyak pucuk kayu ni sebenarnya guna macam-macam jenis daun kayu. Pucuk ubi , sekentut, daun kunyit, daun pegaga, daun cekur , dan macam-macam jenis daun lagi la. Aku pun tak terlist kan oi. Tapi untuk kali ni, aku cuma guna apa yang ada kat urban garden angah aku ja,pucuk ubi, daun kunyit, daun pegaga and daun cekur ja. Itu pun dah penat nak rincik daun tu halus-halus. Kalau orang Nismilan tengok mesti cakap eeeeiiii apohal kasa bonar daun ekau ni yo? hahaha. Ok la dari takdak kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nampak macam susah nak buat, tapi percaya lah tak susah pun. Cuma kalau kau pemalas dan tak suka renyah-renyah nak rincik halus-halus segala daun ni, memang kau akan cakap eeeiii susahnya. Macam mak aku dia tak koser nak rincik halus-halus so awal-awal lagi dia da passing suruh aku buek kijo yang renyah-renyah gini ( ya kat rumah tu, keja yang renyah-renyah semua depa passkan kat aku; contoh buat begedil yang renyah pun semua passkan kat aku..dengan alasan aku buat sedap lagi!)

Ok lah, jom la kita tengok bahan-bahan and cara-cara dia ya.

Bahan-bahan:
* pucuk ubi 
* daun kunyit
* daun pegaga
* daun cekur
* petai (wajib ada, xda tak kick oi)
* 2 ketul kunyit hidup
* 20 biji cabai melaka 
* 8 biji bawang merah
* 3 biji bawang merah
* santan sekotak
* asam gelugor 3 keping
* tempoyak 4 sudu besar
* garam 
*ajinomoto skit je
* gula

Cara-cara:

1. Rincik halus-halus segala daun mak nenek tu.
2. Blend kesemua kunyit hidup, cabai melaka , bawang merah dan bawang besar.
3. Panaskan bahan-bahan yang yang diblend tadi dan masukkan daun-daun pucuk kayu.
4. Masukkan air dan santan, kacau -kacau jangan sampai pecah minyak ya dan jangan lupa masukkan asam gelugor.
5. Then masukkan tempoyak 4 sudu besar dan kacau sampai pekat.
6. Perasakan dengan garam, gula dan aji (agak2 balance dengan rasa tempoyak n pedas cabai melaka tu)
7. Then last sekali masukkan petai. Kacau-kacau jap then tutup api. 

Aku suka aku punya masak tempoyak ni tak pekat and tak cair sangat sebab nanti yang ni kalau tak habis makan boleh simpan dalam peti sejuk ya. Bila nak makan keluarkan and panaskan. Bila selalu panaskan nanti lama-lama makin pekat and umphh tau. 


Dah menyesal pulak tengok gambar ni. Elok-elok warded tengok gambar ni telan ja lah ayaq lioq tu. Sob sob



4 comments:

  1. Sodap nengok nie..raso nak p buek yo...faveret nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org nismilan keno tau buek yo yg ni...
      Kalau tak..bukan org nismilan

      Delete
  2. uishh igtkan masak lemak pucuk ubi mcm slalu tu je, rupanya banyak jgk bahan yg husna tak pernah guna dlm masak lemak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan mcm msak lemak kita org kedah husna...
      Ni mmg pure cara org nismilan..
      Nismilan mmg pakai banyak betul bhan kalau buat masak lemak...
      Cili padi tu kira akk buh tak bnyak tu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png