Agoda


Wednesday, November 16, 2016

Cara buat daging jeruk mudah.

Hai hampa.

Ada lagi ke yang tak pernah rasa daging jeruk ni? Hari tu aku ada beli daging jeruk kat kawan aku sorang ni. Sama-sama keja Ibi dulu. Tapi lani dia pun da tak kerja kilang jepun yang nak mereput tu. Hahahah.

Sekali rasa mak aih memang terus jatuh chenta beb. Nak buat serius pemalas gila. Orang pemalas ni ubat dia sediakan duit ja kan. Haa puas hati beli 2 bekas terus kat Si Nonie. Balik petang tu terus goreng buat daging jeruk berlado. Oo mak ko, sedap gils!

Tapi sat ja dah habis! Punya la menketedarah!

So tadi kan pi ke pasar malam. Jalan2 dalam tu sementara nak tunggu kedai bihun sup siap setting semua maka lalu la aku kat tempat jual ayam and daging. Haaaiii lawa pulak daging ni. Ada yang beli buat jeruk ni kang.

Tanya2 satu pinggan, seketul tak berapa besar tu RM10. Ok pejam mata je lah beli! Zaman Pak Bijan ni mana ada yang murah cik oi!

So tadi da bagi Adriana lena semua maka, aku pun start la buat projek daging jeruk aku ni.

Actually senang ja nak buat dia. Tapi renyah skit laaaaaa untuk orang pemalas macam aku ni. Meh aku bagitau step by step ya.

Cara-cara nya:

1. Keluarkan daging ( separa beku), hiris nipis-nipis. Yes time separa beku ni senang gila kot nak potong nipis2. Hiris nipis2 macam nak buat shabu2 tu.
2. Susun dalam bekas tipuware ya elok, tabur garam.


3. Then perahkan air limau kasturi atau limau nipis ( aku guna dua-dua).


4. Then susun lagi hirisan daging n repeat la step 1 sampai 3 ya sampai la habis hirisan daging korang tu. Then simpan dalam peti ais bhgian bawah tu. After 24 hrs da boleh goreng2 or masak apa2 dah. Huiii dapnyaaa

Tak susah pun kan. Cuma renyah ja nak slice nipis2. Pisau nak kena tajam betul baru la slice tu nipis elok.
Kalau korang pun macam aku gak, sedia duit je lah untuk beli. Kan senang macam tu. Hihihi


Tengok kejadian dia. Beli daging RM10 pun dapat banyak ni ja. Pasrah je lah. Takpa lah, nanti-nanti kalau korang rajin try la buat sendiri.

Ok lah, guten nacht.



14 comments:

  1. busyra tak pernah makan lg. hehe. teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  2. ingat kan daging jeruk sama dengan daging pekasam.. nanti nak try buat lah.. masak apa yang sedap ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama...
      Perkasam pakai beras goreng utk fermented...
      Yg ni pakai limau purut/nipis & garam ja.
      Goreng ngn bawang n cabai pun meletop pom2 dah

      Delete
  3. Tak pernah try lg...naak try wat sendiri lah..senang ja noh... heheheh
    Tp tu dia la..masa oh masa ..hahahaha

    Baru baca cerita, dah menggelupur ayaq liuq ... kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang..tp renyah...
      Kalau tak sempat sangat...
      Beli ja...
      Hahahhaha

      Delete
  4. sedap ka?kena try ni...emmm...emmm...dok igt mcm daging pekasam gak dl...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap oiii..
      Ssh nk ckp sedap dia tu mcm mna...
      Hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png