Agoda


Tuesday, October 4, 2016

Travelog Perth : Day 3, Augusta - Augusta Escape

Selesai sight seeing di Busselton Jetty, maka kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Margaret River untuk beli bahan masak dekat Coles situ. Perjalanan dari Busselton Jetty ke Margaret River akan melalui banyak pemandangan menarik antaranya vineyards (ladang anggur-khas untuk pembuatan wine) .


Perjalanan dari Busselton Jetty ke Margaret River ambil masa lebih kurang 40 minutes ya. Kebetulan masa kami bertolak dari Buseelton Jetty pun da lebih kurang pukul 4. Sampai kat Margaret River memang da nak gelap dah.

Tapi sebelum sampai ke Margaret River, akan lalu satu town kecil ni yang dinamakan Cowaramup atau dikenali sebagai "Cow Town" dikalangan masyarakat setempat kat situ. Memandangkan kami pun da lewat dah masa tu. So kami tak singgah pun. Kalau dapat singgah memang niat nak singgah jugak. So kita share gambar dari Mr Google je lah ya.



Memang time lalu kat Cowaramup ni abih slow da husband bawak sebab kitaorang duk tertengok-tengok pekan kecil ni. Memang menarik sangat sebab banyak gila patung Moo Moo gitu kat sepanjang tepi jalan tu.

Perjalanan diteruskan sampai la ke Margaret River, cepat-cepat sebab dah nak malam kan. Kitaorang punya last pit stop dekat Augusta kan. So risau la jalan gelap ke apa ka kan.

Margaret River yang tenang gila. Husband suka Margaret River ni. Macam aku personally suka Busselton tu.

Selesai ja beli barang kat Coles, Margaret River kami pun terus shoot ke Augusta, time tu da pukul 5.30 ptg dah. Memang da senja-senja dah. Kiri kanan ke Augusta macam hutan paya skit. Memang takdak rumah orang ya. Nasib baik sewa gps kan. Kalau pandai-pandai taknak sewa gps and nak bergantung kat Waze matilamaknakoi. Buatnya takdo tenet, mati!



Sampai-sampai ja Augusta memang da gelap gila dah. Augusta ni lagi la pekan kecil gila! Petrol pump ada satu je kot. Kedai makan pun boleh kira dengan jari ja. Tapi by the time kami sampai tu hujan rintik-rintik tau tapi sejuk dia gila punya hazab sebab tengah winter season kan kat sana. And time kami sampai tu semua kedai da katup! Memang orang-orang Ausie ni menghargai masa dengan family kat rumah lagi la dari duk lepak tak tahwan kat kedai-kedai ni.

 Tapi takpa, apa-apapun terus cari tempat penginapan yang kami booked untuk malam tu. Nasib senang ja nak cari tempatnya. Kami stay dekat Augusta Escape. Masa kami sampai tu, nasib la owner tempat ni ok ja. Dia pun paham dia kata sebab biasanya memang pelancong akan singgah Augusta as last pit stop sebelum ke mana-mana keesokkan harinya.


Ni hasil rembat kat Coles untuk letak dalam meggi malam tu and untuk bekal bawak keesokkan harinya.


Jom usha apa yang ada dalam rumah kami malam tu. Bak kata memang lengkap la.


Baru sampai, kat luar tu da gelap gila padahal baru ja pukul 7pm.



Bawak sabun taharah setel boleh guna dengan kompidennya.



Si suami tengok basketball sambil tunggu makanan dipanaskan.



Kenit dalam bilik. Bilik ni memang selesa la, satu katil queen, satu katil super single!


Dapur yang spacious gila 


Toilet pun bersih!


Lauk yang masak kt Scarborough tu tak abis ya. Bawak ke dinner la jawabnya. Senang ja kita heatkan ja guna microwave. Licin.



By the time pukul 9pm perut bergendang lagi. Apa lagi, meggi la jawabnya! Nikmat oi time-time 11 degree C makan meggi macam ni.


Lepas ja makan meggi masing-masing berebut nak masuk bilik tidoq. Pukul 10 malam da tidoq tau. Sejuk-sejuk gitu memang berselubung habih haaa. Kat sana memang tidor awai betul, almaklumlah kul 10 da rasa mcm kul 1 pagi. Lagipun esok awai-awai pagi nak keluar awal kan. nak kena prepare breakfast and bekal untuk makan dalam perjalanan lagi kan.

Next entry kita sambung pasal the next day pulak ya. Tak lain tak bukan, antara tempat favourite aku sepanjang di Western Australia sana, Cape Leeuwin Lighthouse.










10 comments:

  1. hehe best kan pusing perth. i love perth. nak pergi lagi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni actually da luar dr Perth...tpi stil kt WA. dr Perth 4 hrs jugak la

      Delete
  2. thank you sebab share pengalaman :) nanti boleh la bookmark siap2 hehe

    ReplyDelete
  3. dapur dia cantiklah
    heaven dpt dapur cam ni kan kan kan

    ReplyDelete
  4. oohooiiiii
    santek rumah deme keeennn
    psstttt...udaaaaaaangggg ittuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang tu murah ja...1 bekas gitu br 6 aud

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png