Agoda


Tuesday, October 25, 2016

Scan 4D Murah di Penang , Poliklinik Marina

Hai hampa semua.
Kali ni nak cerita pasal klinik yang fames amos kat Penang ni especially mainland di kalangan ibu-ibu mengandung. Sebab apa aku kata femes, sebab klinik dia ni sentiasa penuh dengan ibu-ibu mengandung yang nak mai scan baby.

Dua minggu lepas tak silap, aku p wat scan 4D. Saja la nak tengok muka budak montel yang selalu duk siku mama dia la, wrestling la apa bagai dalam perut mama dia ni.
As expected kan, p hari Ahad memang ramai la kan. Masa nak register tu tanya siap-siap berapa ramai orang yang nak scan, dia cakap lagi 8 orang. Perghhh boleh tahan! Apa lagi, ajak si papa p makan dulu la. Lokasi makan paling dekat and selesa pun Tesco Extra Seberang Jaya la kan.

Dah puas makan semua, bagi Adriana main apa yang patut jap. Maka kami pun pi la ke klinik balik. Nasib masa kami mai balik tu cuma tinggai 2 orang ja lagi sebelum turn aku. Kira memang tunggu tak lama la. Duk sat ja sampai turn aku dah. 

Masa first-first scan tu tak berapa nampak rupa dia sebab dia kalih one side ja. Tapi boleh nampak la montel dia tu. Scan punya scan and tekan-tekan perut bagi dia jaga pun dia wat dek ja. Macam tu je lah. Doktor tak puas hati scan-scan lagi, last-last doctor sruh aku p makan ice cream dulu untuk bagi baby bangun. Nasib la ada 7E kat sebelah tu ja. Apa lagi, p la layan ice cream dulu and relax2 dulu punya nak bagi baby bangun.

Sekali sama ja. Memang nan hado dia nak bangun. Dia wat dek lagi ado la. Lagi pulak time tu hujan kan. Siap ada sekali tu dia amik tangan dia cover muka dia lagi. Eiiiii gerammm pulak la mama ngan si montel ni. Dapat captured sebelah gambar ja. Tu pun boleh tengok la pipi dia punya selambak! Fuhhhh montel sungguh si adik ni. Jangan besar sangat dik. Mama baru nak try normal tau.




Mukaaa,,,
dia kata..hey yuuuu...
dont mess with me!

Alhamdulillah masa scan tu doc cakap berat semua ok. Everything is ok. 



Ni kakak dia dulu, Dalam perut orang scan dia, dia boleh senyum. Adik pulak muka dunt mess with me! Apa pun tak boleh tau...



Geram nya...
geram nyaaa

oh ya ni sedikit details pasal scan ya:

Scan biasa : RM30
Scan 4D (gmbar+ CD) : Rm80
Scan 4D & details : RM100




So yang hari tu aku scan 4D biasa tu ja, total semua RM80 je. Okla tu kan, dulu masa scan Adriana kat Mahsuri pun kena RM150. Pernah survey kat Pearl Maternity Centre  kat Sungai Ara tu lagi mencekik darah sampai RM250 tak silap masa aku tanya untuk Adriana dulu. Mak ngah aku cakap kompem owner tu nak cepat kaya! kahkah. So bila dapat rate tak sampai RM100 kat Poliklinik Marina ni aku da kira cheap sangat la. No wonder la orang ramai. Servis pun bagus. Doctor pun bagus siap explain kat kita one by one, pasal air ketuban la, kepala baby kat mana la apa la semua. 

Overall, aku memang recommended sangat la kat sapa-sapa yang nak pi scan mai scan kat sini. Cuma kalau hampa tak mau ramai sangat tu hampa kol la dulu tanya ramai ka dak ka. Kalau ramai tu, hampa pandai-pandai la pi makan dulu ka apa ka kan.

Ok tu je lah nak share pasal scan 4D murah kat Penang ni.






13 comments:

  1. Wah suka tdoq..untung laa esok2 senang mana nak wat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuu kalau rajin tdoq la..kalau tak..hmmm

      Delete
  2. Hahahaa muke si adik. Serius comel.. Memang nampak montel. Alia.. Nanti dah lahir, minta tolong cium2.. :D

    ReplyDelete
  3. xpernah wat scan 3d ka 4d ka..
    xde peluang dah nak buat hahaha tgu cucu ler jwbnya muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lagi tu kalau nk buat baby baru..
      Boleh p scan 5d pulak

      Delete
  4. murah giler la RM 80...ari tu balik penang, jenuh cari klinik yg bleh scan, x jupe...at last wat kt bangi..tu pon RM 100 hengget.... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini mmg murah...org SP pun mai scan kt sini

      Delete
  5. bestnya dah nampak muka baby..weeeee mesti tak sabar kan..take care alia..

    ReplyDelete
  6. 2017- dah naik harga 100 dah utk 4d👶

    ReplyDelete
  7. sonovision penang ada 5d 6d scan promo RM120-130 , buat untuk 3d 4d 5d 6d scan sekali dengan 2d growth scan sekali . Pakai spek mata untuk 6d scan terbaru . check page : https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/ , kadang2 ada promo yang lagi rendah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png