Agoda


Monday, October 3, 2016

Resipi : Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah

Resipi Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

* daging lembu yang dipotong nipis-nipis
* bawang besar 2 labu (lagi banyak lagi sedap)
* bawang putih 6 ulas (lagi banyak lagi sedap)
* cabai melaka 5 biji ( ikut tahap pedas yang korang suka)
* minyak masak untuk menumis
* garam
* serbuk perasa
* sedikit gula
* sedikit cuka
* serbuk kunyit

Cara-caranya:

1. Tumis sedikit bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging dan biarkan keluar air seketika, then masukkam sedikit cuka.
3. Masukkan sedikit air dan serbuk kunyit.
4. Biarkan sehingga air agak kering dalam 10-15minit macam tu.
5. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula untuk perasakan daging tu.
6. Jangan lupa masukkan balance bawang besar, bawang putih dan cabai melaka ya.
7. Agak semua da kering and perfect, da siap ya. Sedia untuk dihidangkan.


Taraaaa. Senang ja. Kami memang suka betul kalau daging goreng kunyit stail gini. 


Kena pulak dengan "gu" dia orang Kedah kata. Ni masak padprik ayam ja untuk matchkan dengan daging masak kunyit yang marvellous ni. Menambah beb.

Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Salam sis,..

    sedap tu daging goreng..semalam buat jugak atas request dr hubby.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan lauk gini...
      Boleh terbabas hoo

      Delete
  2. sedapnya.. makan dnegan nasi panas2 pulak tu. hehe

    ReplyDelete
  3. sllu je masak daging grg kunyit ni..sedap mkn nasi panas2..woii bertambah hehe
    lebihan minyak tu lglah sempoi baq hang kui3x

    ReplyDelete
  4. peberet ahkak jugeks daging goreng kunyit he3
    senang
    cepat
    sedaaaaaaaappp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png