Agoda


Sunday, September 11, 2016

Bila mak yong teringin

Haaaa..
Bila mak yong teringin nak makan...mcm2 la tekak ni.
Kalau dah tak lalu tu offer la apa pun, tengok sepi je.
Bukan nak ngengada tapi tu la hakikat seorang makyong.

Kalau makan tak ikut selera kita either tak puas or uwek2 je. Kadang2 bukan nk ngengada tapi tu lah dia. Seronok bila kadang2 tu dengar cerita kwan2 preknen tapi tak alah la apa la. Seronok...seronok. tapi serius tu habuan masing2 la kan.

Kali ni makyong ni teringin nak makan nasi ayam kat TCR. memang fav kot. Lagi2 steam chicken tu. Cuma kali ni ngengada nak makan yang dumplings la bagai. Hari tu singgah Ipoh tak dapat dumplings kat Greentown tu😅😅😅

So marilah kita lihat bila makyong dah lalu makan tapi nak makan nasi ayam TCR je.

We fie dengan anak dara kesayangan sementara tunggu makanan sampai.

Fav kita menda alah ni.

Pun fav jugak, sampai lani try buat sendiri tak jadi2. Crunchy munchy dia tu tak sama...epic fail betul!

Order dumplings chicken tapi ada masalah apa ntah, diorg xleh nak serve so tukar amik wantan shrimp ni. Sedap gak!

Haa amik. Papa jamu 3 jnis ayam terus kat baby dia ni haa. Sedap2 tq papa.

So kesimpulan dia kenyang kami 1 family hari ni papa belanja makan anak beranak. Lepas makan tu masuk jap dalam Mydin utk beli Mamy Poko kat Anena n beli baju2 baby skit yang size nb pnya. Haihh eksaited pulak rasa nak jumpa baby bulan 12 nanti. 

Takpa la beli skit2 dulu kan. Ni baju kakak anena yang mana boleh pkai kita rotate ja balik. Nasib baju dia dulu belasah je beli yang unisex. Senang skit kan.

Lepas ja keluar Mydin, terjumpa kedai Supercut kat dalam Mydin tu, ala yang RM15 tuu. So apa lagi, decide utk trim rambut Anena skali ngn mama dia. Yang bestnya, ada ruangan tertutup untuk muslimah kalau nak potong rambut, apa lagi grab the chance la sementara ada big boss kan. Kena kasik trim skit, rambut aku ngn Anena mmg sama ja sejibik sejebuk, pattern lurus, tebal dan cepat panjang. Kalau tak trim skit nanti dalam pantang jenuh pitam la hakuuu nak menjaganya. Dengan nak menjaga anak kecik lagi. Anak tak berapa kecik lagi haa satu hal pulak. 

Maskot fb yang budak pompuan tu dah kena trim rambut dah. Hahahha. Memang sebijik pun sama ngn Si Nena ni. Tak lari jauh pun lagi2 kalau dia buat muka. Boleh pitam aku kadang2 tu.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Adha korang. Maaf zahir & batin.








3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png