Agoda


Tuesday, September 27, 2016

Bila anak nak masuk tadika

Wah cerita....
Anak nak masuk tadika je kot.
Tapi mama da pening kepala nak bagi anak masuk tadika mana. Haiyaaak.

Gaya2 macam nak pilih masuk Uni mana pulak kan. Sebenarnya dilema gak ni, yalah as a mom , kita mesti nak yang terbaik kan untuk anak kita. So xdeklah istilah, ko nak anak ko kecik2 umur 4 tahun da pandai speaking Deutch bagai kan. Kalau yang cakap tu ada anak takpa la jugak. Ni yang jenis suka perli2 n kondem orang ni kawen pun tak lagi, kompem2 pun anak takdak lagi kan.

Pening nak pilih yang montessori konsep ka muslim konsep ka sekolah cina ka akedemik ka apa ka. Haih serabut hotak mama ni anena oi. Sebab tu la, dalam konsep nak bagi anak pre school ni ko kena berlapang dada dengar macam2 input dari macam2 orang. Ada orang yang prefer anak dia more to montessori/ play school concept. Ada yang nak anak dia kuasai Mandarin, ada yang nak anak dia more to Islamic and ada yang nak more to acedemic.

Aku? PENING!

Bila dengar2 balik perbualan aku dengan kak ipaq aku, Kak N aku rasa betul jugak. Ada pro n con jugak playschool concept ni dengan yang based academic ni esp yang government punya ni. Dah kalau nama pun pergi sekolah asyik nak main2 ja, bila nak masuk darjah 1 kena seat for test ada jugak budak2 yang nak main2 ja. Xnak menulis langsung dek sebab seronok sangat bermain.

Macam mana dalam hati aku nak konsep playschool pun aku tetap tak dapat tipu diri aku yang aku nak jugak excellent in academic kan. Ya la, sekarang ni tak macam zaman kita dulu2. Nak masuk darjah 1 pun kena seat for test bagai. Lagi2 kalau sekolah elit. Aku pun da aim satu sekolah ni untuk Adriana masuk bila darjah 1 nanti.

Tadika KEMAS antara dalam list aku sebab silibus dia memang under kementerian kan. TAPI, yang tak bestnya sebab sampai pkul 12 je! So, i have to go to my NEXT LIST!

Which is Graduan Kecil!

Antara yang buat aku tertarik adalah sebabnya, kat sini ada 3 pilihan. Pilihan pertama, sesi tadika (8.30-12.30). Sesi kedua sekali dengan Kelas Fardhu Ain +Solat Jemaah (8.30-2.30ptg) and ketiga (8.30-6.00ptg). So yang ketiga ni ada la kelas Farhu Ain 2 jam and tdoq 2 jam kot macam tu la.

Tapi aku tertarik dengan yang pakej kedua tu. Sebab kadang2 takut la jugak kan kalau kul 12 tu aku tak sempat. Keja sendiri pun kalut cik oi. Kalau 2.30ptg tu dan la jugak aku nak handle apa yang patut. Plus, dia boleh start mengaji Fardhu Ain kan. Kalau mama ajaq, banyak main dari belajaq kan. 

So semalam masa sembang2 tu depa ada bagitau kalau umoq 4 tahun ni biasa depa akan expose how school looks like, tak strict sangat la. Ada fun2 la. But still they will teach the kids how to write, know ABC n numbers and spelling of course. Ok dat one, sounds good!

Aku pernah survey tadika cina. Makaih, memang aku jadi tak kenan. Paham2 je lah kan how strict they are. So need to cancel it out from my list. NEXTTTT je lah. Anak aku tak pandai cakap cina pun xpa. What matter in future she can converse very well in English sudah. 

So sekarang ni tengah fasa survey lagi tempat lain. Tapi nampak gaya macam dah kenan yang ni. Tak tau la kalau in future tukaq ka. 

Doa-doa yang terbaik ja lah untuk anak-anak kita. Future depa lagi challenging kalau compare dengan kita. Kita ni harga rumah dah paras 250k kira rumah mampu milik, zaman depa tak tau la mcm mana ken. 

So cerita dia lani, nak pilih tadika anak pun sampai tahap pening2 lalat ni pediaaa pun tak tau aihhh.



8 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan mak jems..sonok lah akak nina dpt ramai kwn baru nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia seronok la sbb duk mintak..
      Mama dia yg tgh pening lalat ni

      Delete
  2. wahhhh semoga rajin belajar dan jadi anak yang pintar :D

    ReplyDelete
  3. wahahaha masuk sini ok kak lia tgk anak2 menakan smua berjaya smpai ke U

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png