Agoda


Tuesday, August 30, 2016

Salam Kemerdekaan Buat Bangsa Malaysia


Salam Kemerdekaan yang ke 59 buat semua BANGSA MALAYSIA.

hampa buat apa hari ni?

Kami terperap kat rumah ja, nak pi berjalan-jalan rasa malas nya lahai. Tapi rasa macam nak ajak org tua ni p cari barang baby. Yalah, da masuk 25weeks tapi macam apa pun tak beli lagi. Napkin pun yang lepas da ke mana hala ntah. Hari tu kt uptown rumah adik sebelum p ke Perth sempat la grab barut comel dengan apa tu yang untuk tuam perut baby yang comel tu.

Baju-baju newborn kak nena hari tu memang da ni sangat dah. Berbulu-bulu abis sebab mek ni kecik ja orang nya sampai ke 4 5 bulan pun pakai baju newborn tu. Lenjan sampai berbulu-bulu la gak. Kang orang cakap anak first ja beria beli macam-macam kan. Ni haa nak kena beli jugak tapi gender baby pun tak tau lagi sebenarnya. 

As usual la kami ni kalau newborn tu suka beli yang unisex. Dua2 boleh pakai haa. Kan senang. Tapi excited la jugak nak tau gender baby kan. Gegurl ka boboboi keee....tunggu la esok kot2 p ke KK doctor scan ke tak ka. Kalau tak scan, nanti jawabnya kita p la scan dekat Klinik Marina ja lah. Nak scan kat makngah, makngah nya on duty kat Makkah.

Cerita pulak bab makan hari ni. Dari semalam duk pikiaq nak masak apa. Nak masak nasi ayam hainan ka nasi lemak kuning kedah! Harus la nasik lemak kuning yang menang kan. Ya lah kenit sorang ni pun kemain suka makan nasik lemak kan. 

Baik masak sendiri dari beli kan. Makan pun puas. Nak sambal banyak, nak ikan bilis banyak. Nak teloq seketoiii... nah amik kauuu!






Makan la sampai ke malam ya! Mama tak larat nak masak 2 3 kali. Tak kuasa ok!

Apa pun, selamat bermalas-malasan di rumah. Semoga kita semua menghargai erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Dan semoga kita semua tetap menjadi warganegara Malaysia yang bertimbang rasa. Tak kira di mana bumi dipijak, takkan sama feel dia dengan tanah air tercinta. 

I LOVE YOU, MALAYSIA WITH ALL MY HEART!

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png