Monday, August 8, 2016

Hotel Review : Smurf Inn Homestay , Cameron Highland

Sory sebab agak ketinggalan nak review pasal Smurf Inn Homestay , Cameron Highland ni. Ya lah  kan, bila upload kat fb macam-macam orang tanya. Sory takdan nak reply satu-satu. Mak jem is buzy like Queen Bee.

Smurf Inn Homestay ni terletak di kawasan Tanah Rata, Cameron Highland. Landmark dia dekat dengan Kasimanis Strawberry Fram.

Actually dia macam kawasan baru la. Naik villa-villa giteww haaa.


View kawasan ni memang serius cantik gils. Antara villa-villa yang ada ni, ada villa Tok Ti tau...fuhhh kayo Tok Ti and ada 3 vilaa Tabung Haji punya. Tudien banyak nya duit TH noh...


Rate untuk bilik-bilik dekat Smurf Inn Homestay ni. Bilik yang aku duduk tu RM120 tapi sebab booked kat Agoda, aku cuma bayar RM107 WITH BREAKFAST ya. Memang berbaloi la dengan harga aku dapat tu. Sebab tu la aku memang suka Agoda.


Bilik yang aku amik tu tak la besaq mana ya. Padan la untuk kami 3 beranak. Kalau hampa mai ramai-ramai memang bilik ni tak celuih la naa. Disyorkan amik la bilik yang lebih besaq naa. Bilik ayaq pun agak kecik maybe bagi sestengah orang akan rasa tak selesa kot. Tapi aku ok ja sebab bukan nak duk dalam toilet pun kan. Hahahah


Explore hotel dengan anak dara sat. Ni ruang cafe dia. Ok la. Nak pi London tak tau bila kita mai amik mood Inggeris tang sini dulu la kot kan. Mana tau husband murah rezeki dapat projek billion2 ka dapat la jejak kaki ke London n be Londoners. Ewahh.


Ni kat ruang lobi kat counter check in tu. Sebenarnya hotel/ homestay ni agak simple. Maybe sebab nama pun buat kat villa kan. Tapi memang nice la dia punya interior bagai tu.


Tengok la mek kenit tu. Relax ja lepak kat ndoi tu. Amik mood la teww. Prektis duk tempat sejuk katanyaaa....


Keesokkan pagi, breakfast kat cafe. 


Sejuk-sejuk memang laporrr kan. Harusla mencekik dengan jayanya. Selection makanan tak banyak. Padanlah dengan harga kan. Rasa sedap je ngan tekak aku ni.

Lepas makan-makan explore lagi villa ni. Actually dia empat tingkat tau. Bilik kami duk kat Level 1, cafe kat Level 2 , lobby Tingkat 3 n atas sekali tu 2 suite rooms kalau tak silap. And dekat situ macam ada ruang santai untuk lepak-lepas macam ala-ala ruang tamu gitu.


Kelas gitu.


Cantik pulak sofa ni.

Haruslah tangkap budak ni and ajak selfie satu kali. Hihi



Ni pulak kat luar villa tu. Ada Merry Go Round..ada budak frust menda alah ni tak bukak. Sabaq ya sayang mama.


Merry go round tak bukak dia ajak mama naik ndoi pulak. Layannn ja lah...


Its about time to say gudbyeeeee....


Haaa tu la yg warna coklat tu la rumah Tok Ti. Gila lah cantik umah Tok Ti...
Jumpa lagi umah Tok Ti...ehhh

Bagi hampa-hampa yang nak tau dengan lebih lanjut pasal Smurf Inn Homestay Cameron Highland ni, boleh la check;


Semoga review ni dapat menolong dan menjawab sedikit sebanyak persoalan hampa-hampa semua. Sekiannnn.






7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png