Agoda


Wednesday, August 3, 2016

Cara saya wean off anak saya

Sebenarnya nak share experience aku wean off kan si Adriana ni. Macam-macam jugak la try buat masa dia dah cukup 2 tahun tu. Yalah, plus time tu kan dia kt rumah dengan aku. So dugaan nak wean off tu memang mencabar.

Tapi start 2 yo tu dia dah on fm, cumanya white milk memang dia rejek terus. So sudahnya memang kena bagi yang coklat saja. Pffttt dugaan time tu sebab aku agak stress jugak bila terpaksa introduce kan susu coklat dekat dia. Tapi lagi stress bila dia da start 2 tahun dia da tak puas minum susu aku, mesti dia nak fm. Tapi yang putih sory NO NO dia kata! Dari jauh dia nampak susu putih dia meraung! White milk only mama's milk agaknya!

Macam-macam method la aku cuba, psikologi pujuk, letak sirap la apa la. Sembur sireh dari mak bidan la apa bagai semua FAILED!!!! Ada satu time tu sampai demam2 tak dapat nenen mamanya ni!! Arghhh stress mak. Sampai la dis year aku memang plan nak conceive kan so aku pun plan la bersungguh-sungguh la WEAN OFF kan dia.

Walaupun method ni mungkin bunyi nya agak keji. Tapi yang penting, berjaya! Aku da penat kot 3 tahun kena mnyusu. Dah la nak mengandung lagi pulak kan. Nak tau taktik keji aku apa??? Aku letak menda yang paling dia tak suka kt situ...which is PCM (paracetamol) yang liquid tu. Oh ya, Adriana ni memang anti gila dengan ubat. Ubat dia yang sedap and dia makan cuma Vitamin dari Shaklee tu saja.

So aku start la tenyeh PCM kat situ. Mula-mula dia nak minum tu dia rasa pelik. Pastu aku offer lagi meh la minum. Dia kataaaa eeeeeiiiii susu mama tak sedap!!!

Aku cakap meh la minum meehhhhh....dia try lagi...tak sedap..terus mntak susu coklat. Berlarutan la sampai 3x macam tu. Lepas ja 3x time dia mintak susu macam tu dia terus fobia takmau nenen aku dah. Kahkahkah

Dan kebetulan jugak time tu aku pun mengandung!!! Selamat aku.... bila aku offer dia nenen aku, dia cakap takmau la susu mama tak sedap. Adriana minum susu coklat, adik minum susu mama. Ohhh pandai ya, tak sedap baru nak bagi kat adik.
Kahkahkah.

Mungkin method aku ni sound so kejam. Tapi percayalah, dah macam-macam method aku guna da aku give up sampai aku rasa penatnya lah kalau aku mngandung and dia bergayut kat aku lagi. So memang tak la kan.

Alhamdulillah, method aku wean off Adriana ni memang berjaya. Korang yang tak berjaya tu boleh la try letak menda2 yang anak korang anti gila tu wei. In Sha Allah mesti success punya lah.

Tengok budak ni sekarang dah tak attach sangat dah dengan aku. Apa skit2 Anena kawan ngan papa je! Mama kawan dengan adik! Pffftttt dia punya berlagak tu memang geram rasa nak picit-picit ja haa. Dulu tidak, apa2 skit mama...sikit2 mama ja....

Bertabah la mama.....

2 comments:

  1. anak k.el belum ready lagi kut..tgu dia 3 tahun
    tp bab nak bancuh susu..mmg malas..lg2 lau pi jalan2 alaaaa nak bw semua perkakas bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ni kes xlarat dah kak el...tu yg kena gak wat mcm tu...
      Mak tak daya lgi dah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png