Agoda


Thursday, July 21, 2016

Resipi : Sandwich Sedap dan Mudah


Kali ni nak share resipi sandwich yang pakat trending n menjadi kegilaan orang ramai tu.

tengok gambaq atas rasa nak buat lagi ja. Memang sedap and puas makan. Untuk sandwich ni aku buat dua inti, egg mayo +sardines. Dua-dua ni simple gila ja kot. Tapi outcome dia perghhh gitu haaa.

Ok bahan-bahan yang diperlukan:
* roti Gardenina(sukati la korang nk pakai jenis apa pun)
* butter / planta (biar kat suhu bilik, senang nak sapu)
* mayo
* teloq 3 bijik
* sardines 1 tin kecik
* salad
* tomato( hiris bulat n nipis)
* bawang potong dadu
* garam
* gula
* cuka

Untuk inti teloq:
1. Rebuskan 3 bijik telur tu sehingga masak.
2. Tak payah la gigih sangat nak kopek time panas tu, tunggu sejuk or rendam ayaq sejuk sat dulu ok baru kopek kulit dia.
3. Lenyekkan telur-telur tu dan campur 3 sudu mayonis dalam mangkuk.
4. Letak skit lada sulah/ lada hitam.

Untuk inti sardin:
1. Tumiskan bawang dan masukkan sardine. Jangan lupa lenyekkan tau.
2. Then masukkan cuka, gula dan garam and da boleh tutup api.

Untuk sandwich preparation:

1. Sapu butter dekat roti then sapu mayo, pastu letakkan sald dan tomato n and letakkan egg mayo untuk lapisan first.
2. Ulang step 1 tapi inti gantikan dengan sardine pulak.
3. Nak lagi best, letak jap dalam chiller (guna cling wrap ya untuk balut dia)
4. Pastu sedia untuk dimakan. Perghhh meleleh bhai...meleleh ok!



***ada org suka potong tepi2 tu, tapi aku suka menda tu so aku tak potong. Feel makan sandwich sejuk2 ni. Prektis London gitewww haaa.

Ok la tu sajiaaa perkongsian resipi untuk kali ni

2 comments:

  1. tetiba jer rasa nak pergi picnic nak bawa sandwich..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png