Agoda


Tuesday, July 12, 2016

Resipi Rendang Sedap dan Mudah

Musim raya ni kalau tak buat rendang memang tak sah kan???menu wajib kot. Memang setiap kali raya aku memang da kena incharge untuk wat rendang ayam.
Memang senang ja kot nak wat nya.

Masak sekawah kekdahnya. Ya lah dua ekoq ayam kot. Ni nak masak sekali untuk open haus masa kt raya kat kedah hari tu, dengan wat kenduri kesyukuran bagai kan. Cukup lah tu.

Nak resipi???
Meh sini nak share skit.


Bahan-bahan:
* ayam 2 ekor (potong kecik siap-siap ya korang...senang nak makan)
* cili kering 3 cekak tangan-ikut portion ayam hampa (rendam and tukar air sampai air da tak kaler hitam ya...blend siap)
* bawang besar 6 biji (blend siap2)
* halia dan lengkuas -agak2 patut ikut portion ayam hampa (blend dan tosskan-air dia buang..ni petua mama aku..dia cakap air halia n lengkuas tu pahit..so aku follow ja petua mama aku)
* daun kunyit dan daun limau purut -aku suka letak banyak..rincik2 ya.
* santan sekotak
* gula
* garam
* cuka / asam keping
* pak aji/ cukup rasa(optional)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang da blend tadi. Tunggu naik bau masukkan pulak cabai kering yang da blend tu.
2. Lepas tu baru masukkan halia dan lengkus yang da buang air tadi tu.
3. Masukkan air dan biar agak2 patut padan baru masukkan ayam dan cuka/asam keping.
4. Biar ayam tu mesra dengan kuah bagai lepas tu masukkan santan and perasakan dengan gula, garam n pak aji.
5. Lepas da agak kering skit (tapi jangan kering sangat) masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang da dirincik.
6. Dah siap. Aku suka rendang aku berkuah so aku memang tak buat kering-kering. Kalau nak kering2 makan serunding la bhaiiii.

Stress pulak aku tengok gambaq rendang ayam aku ni dengan ketupat ni. Mengundang betul laaa.

Oh tidak!

Ketupat frozen ada lagi....
Tapiii rendang nyaaaa da boliaaauuuu.
Kempunan makyong ni.

Apapun selamat mencuba resipi rendang ayam sedap dan simple ni.

Oh kalau nak buat versi daging, korang ganti ja dengan daging. Tapi harus diingatkan rendang daging kena masak lama skit sebab nak bagi daging tu empuk tau.


2 comments:

  1. Adusss..tetiba terlapar balik lps tgk rendang & ketupat Alia..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..bukan kata kak murni ja...alia pun sama ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png