Agoda


Sunday, June 12, 2016

Resipi : Kerabu ikan bilis mudah dan sedap

Masa upload gambar ni kt ig and fb hari tu ramai la jugak mintak resipi kerabu ikan bilis ni. Actually kerabu ikan bilis ni macam kerabu kerabu lain jugak, boleh diolah ikut suka hati kita ja. Macam aku tengok bahan apa ada dalam peti ais tu. Haaa selamat la masuk dalam rencah kerabu aku. Janji tekak aku sedap kira ok la kan.

Apapun jom check bahan and cara-cara buat kerabu ikan bilis ni.

Bahan-bahan:

*ikan bilis -goreng garing
* cabai melaka 5 biji -potong nipis
*bawang besar potong halus and nipis.
*garlic -2 3 ulas...crushed guna lesung batu ja
* 3 biji limau kasturi(amik air saja)
* cuka (aku tambah jugak setengah camca bagi rasa kick)
* daun ketumbar (potong halus)
* bunga kantan ( aku guna half ja balance yang guna untuk Air Asam Kaki Ayam sehari sebelum tu)
* kacang panjang -2 biji (potong halus)
* kacang kelisa/botol -3 biji (potong halus2 jugak)
* namfla (kicap ikan)
* aji (ujung sudu kecik)
* gula ( 1 sudu besar)

Cara-cara:

1. Lepas potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas, gaulkan semua bahan kecuali ikan bilis yang da digoreng tu.
2. Gaul dan biar sekata semua baru masukkan ikan bilis goreng dan gaul lagi.
3. Da siap dah.
4. Boleh da hidang ke dalam pinggan lain dan bersedia la nak buka puasa dengan lauk ni.

Selamat mencuba ya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png