Agoda


Saturday, June 4, 2016

Bahan makanan yang wajib ada di kala Ramadhan menjelma

Hai. Macam tak caya ja lusa da nak sambut puasa. Hampa semua da beli ka barang-barang nak sambut puasa?

Preparation awal nak sambut puasa tu penting supaya nanti tu xdakla kelam kabut kan. Aku pun baru semalam habis shopping beli barang-barang untuk memasak time puasa nanti. Diharap kesihatan memuaskan la untuk masak dan berpuasa nanti.

So meh tengok list wajib ada setiap kali Ramadhan untuk aku. List ni more kepada penyediaan sahur / soq la orang kata sebab time tu tekak bukan boleh makan hat heavy-heavy sangat. Kadang-kadang suka yang simple-simple ja. Ni kalau tengok pola pemakanan aku dan laki aku la kan. Orang lain den tak pasti la. Tapi jom aku listkan apa yang wajib kami restock setiap kali nak sambut Ramadhan

1) Sardin dalam tin


Pilihan hati da tentu la King Cup. Dari dulu mai lagi suka King Cup. Tapi sardin lani mak aihhh mahainyaaaa.

2) Ikan bilis.


Ni memang senang sangat, ada dia goreng garing buh bawang and cili padi setel!

3) Teloq


Nak buat nasik goreng ka, teloq dadar ka teloq goreng kicap ka apa ka yang simple time soq ni antara yg paling simple.

4) Ikan masin.


Layan oiii goreng pagi2 buta ikan masin ni. Terus dari takdak mood nk makan, mood memuncak2 duk mai.

5) Teloq masin


Wajib ada! And wajib kena makan setiap kali bulan posa.

6) Kentang


Goreng dia buh dalam ikan bilis pun layannnn.

7) Ikan perkasam.


Orang kedah tak makan ni time soq memang pelik kot. Oh btw, laki mak tak makan ikan perkasam. Ntah hapa-hapa ntah orang tua tu. Hilang nikmat hidup.

Bila da lengkap benda-benda ni ada dalam peti ais baru rasa seronok ja nak sambut Ramadhan. Semangat nak masak time soq n berbuka bagai.

Kepada kaum Mulimin dan Muslimat, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Jom sama2 kita kejar pahala di bulan yg mulia dan penuh barokah ni.
Akhir kata, tingkatkan ibadah, kurangkan mulut laser dan cakap bila perlu ja. Selamat beramal.

posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. Replies
    1. Bulan posa...brselera teloq masin len mcm

      Delete
  2. laaa... orang kedah ke? hehe, dulu pernah belajar dekat kedah.. huhu, kita takleh simpan wet food sebab duduk kolej, makan apa je yang ada, but anyway sedap jugak menu itu especially telur mesin.. hehe

    salam perkenalan dan jemput singgah dan follow blog saya pula :)
    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai neeza...
      Saya dulu kt kolej pun masak yg dry food ja...
      Esp time sahur sbb kdg2 xda mknan pun yg cafe jual time sahur. So masak la sardin ikan bilis la telur dadar la..mkan rmai2 ngn kawan.jadi la janji kenyang.
      Btw tq neeza for bw...
      Nnt kita terjah blog neeza ya...

      Delete
  3. mana dapat ikan pekasam tu bak sini nak jugak haha

    ReplyDelete
  4. ekin telur ayam dan ubi kentang memang ada sokmo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...
      Wajib ada kan....
      Senang emergency apa2

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png