salam hampa semua

Kali ni mak jem nak cerita pasal review butik IMAN AMIR dekat Bandar Bertam Perdana Kepala Batas pada hari Sabtu yang lepaih. Tenkiu Puan Norashikin kerana menjemput kami wakil dari team Projek Blogger Utara untuk review grand opening butik Iman Amir.

Lokasi strategik...memang senag sangat-sangat nak cari.

Sampai2 kita selpieee dulu. Time ni tudung aku masih elok lagi laaa..Lepas ni hampa jangan nk komen tudung aku senget ka hapa ka.. Tu memang da nature aku..budak2 MICET mmg dah tau aku ni memang tudung takleh kalau tak senget.



Mostly baju2 or blouse kat sini harga pun mampu milik. Takdak la harga mampu tengok kan.


Hoihhh shanteknya lace shawl niiiiiii....Mak Jem taa kuadddd

Shawl kek nissss...Oiii dugaan untuk mak jem...





We-fie 3 beradik kami. Yalah hat len pakat terlepas belaka ke Hatyai nuuu.

Kembang semangkuk tul. Bila la aku nak lawa macam Adele. Adele pun dah kuruih lani...ehhh

Ehh jangan nak heran sangat kenapa tudung aku da senget hokeyyy.. Ni trademark mak jem in d haus yoo.


Siap dijamu makan lagi haa.


Bersama tokey butik, Puan Norashikin. Katanya nama kedai IMAN AMIR ni di ambil sempena nama anak beliau. Dan anak beliau pun cute orangnya. Comel ja budak darjah dua kena make up pakai blusher. Lupa pulak nak tangkap gambar si Iman hari tu.


Terima kasih buat Puan Norashikin kerana sudi jemput kami dari team Projek Blogger Utara untuk p ke grand opening pembukaan butik Iman Amir Design. Diharap bisnes butik puan semakin berkembang dengan mantap dan jayanya. And mengikut kata Puan Norashikin lagi next month depa da masuk dalam LAZADA tau. So kalau hampa nak shopping online lepaih ni pun boleh dah haihhh....

DAN YANG PALING BEST LAGIIIIIIII....
KATANYA AKAN ADA MORE AND MORE PLUS SIZE BLOUSEEEEE....
YEAYYYY SERONOKNYA MAK JEMMMM....
hanya orang2 yang cantik macam aku dan ADELE ja paham dengan dilema yang dihadapi oleh orang cantik macam kami ni.


JOM FOLOW IMAN AMIR DI:
INSTAGRAM : IMANAMIRDESIGNS
FB PAGE: ImanAmir



Alamat dan contact number untuk hampa call dulu in case hampa tersesat merata2

Dan untuk pengetahuan hampa semua jugak, Iman Amir akan wat MEGA SALES di:

[ISLAMIC BEAUTY FAIR]
TARIKH: 26-28 FEB 2016
MASA: 10.30 PG – 10.30 MLM
TEMPAT: VILLAGE MALL, SG PETANI
NO BOOTH: M15


JOM RAMAI2 KITA P SERBUUUUU....

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. geram hari tu blouse yg kita suka tu xmuat.nyampahh
    size besor2 xde plak kenn..adehhh lau x dah rembat buat pi kenduri kawin hahaha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS