Agoda


Saturday, October 17, 2015

Salak Denai Chalet

Sebenarnya dah lama nk cerita pasal chalet ni. Tapi asyik peram ja. Ntah hapa-hapa punya baloq kan. Ni cerita masa sambut anniversary tau. Bulan 5 nun haaa. Lama dah sebab tu kata entry peram.

Tapi takpa moh kita cita pasal chalet ni.

Salak Denai Chalet ni terletak dekat kaki Gunung Jerai nun dekat Yan sana.

Memang sesuai sangat-sangat sapa yang suka kedamaian n nak relax dari hiruk pikuk kota. Wah ayat. Macam nak submit karangan paper BM SPM pulak kan.



Apa yang best kat chalet ni, setiap chalet ada pool dia tersendiri. So hampa tak payah risau bab tersentuh dengan bukan muhrim ka apa ka la.


Ni yang untuk chalet kecik macam kami duduk tu.
Ada jugak chalet yang ada bilik-bilik dalam tu tapi kami sebab p 3 orang ja kan. So kami amik yang kecik ja lah.


Muka tak sabaq nak terjun kolam tu. Apa yang pasal kolam ni. Air dia dari air terjun Gunung Jerai nun. So air sentiasa mengalir.



Amik mood dulu haaa



Gila sejuk wei. Memang serius sejuk kot. Tapi best la kan. Siap ada gelungsur lagi. Si kenit pun bukan maim suka lagi gelungsur ngan papa dia.



Siap nak suruh papa repeat naik gelungsur tu banyak kali lagi ha.



Siap ada tempat untuk masak lagi. Kalau nak masak kena bawak rice cooker sendiri la ya. Yang tu semua tak disediakan. Aku memang masak siap-siap sebelum mai sini. Banyak pulak tu masak. Lepas mandi tu hampir lincin wei. Malam tu lapaq perabih apa yang ada and masak megi ja lah.

Please note jugak yang tempat ni memang agak ke dalam. So sediakan makanan banyak-banyak la ya. Kami sebab p time weekdays kan malam tu rasa sunyi la hai. Kul 9 da gelap dengan bunyi cengkerik bagai. Tak pernah-pernah tdoq kat penang ni bunyi cengkerik bagai rasa macam fuyooo wei. Tapi serious la sunyi kan. Kalau p ramai-ramai ok kot. Dengan wat BBQ apa ka. Ni sebab kami 3 ketoi ja. Hang tengok aku aku tengok hang. Wakakak.



Map nak ke Salak Denai Chalet.

Contact number Salak Denai Chalet : 0125376151

Check in : aku dah lupa dah kul berapa tapi check out kul 11 ya. Sebab kami pun sampai lambat hari tu.

Lagi 1 kalau hampa nak check out sblum kul 8 malam dia akan charge hampa RM80 instead of RM100..duit depa akan bagi masa keluaq tu. Macam yang kami p tu time weekdays kan so rate untuk weekend lain na. Tapi harap maklum weekend dia selalu full wei.

Yang lain-lain tu bawak la ubat nyamuk letrik tu siap-siap. Kami pakai hat tu ja. Memang bawak siap-siap dah.

Pagi tu nak balik memang tak mandi dah la kat pool tu sebab mandi kat dalam toilet dia pun sejuk gedi wei. Lagi nak terjun kolam. Tapi kenit tu keep on ajak mandi kolam. Tak koser mak pak kau ni nak oiii.

Tu ja lah nak cerita pasal entry peram aku ni. Sapa nak p retreat hampa punya diri. Tempat ni memang baguih la. Sunyi sepi siap bunyi cengkerik lagi haaa.

Oklah tu ja lah nak cerita.

Okey babai

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. macam best je ni haaaaa. sukanya bila ada pool dalam chalet kita sendiri. nak try jugak la check in dekat situ nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la...memang best...tp klau p weekend rsa mcm semua chalet penuh n xla sunyi sepi sgt

      Delete
  2. ooo penah dgr chalet ni
    ada kwn pun nah duk sini
    mcm nak try stay sini cuti sekolah nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cntct awai2 sbb biasa klau weekend mmg full smp hujung thun...
      Stress ja bila dgar

      Delete
  3. Oyeah... Nti boleh soh abg baca. Depa nk blk cuti mndi mnda katanya... Ok rsnya yg ni

    ReplyDelete
  4. Daerah kelahiran CP..tapi tak penah pi lagi hehehe..dekat dengan umah tok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png