Agoda


Thursday, August 13, 2015

“MAMIL® MOMME SATURDAY” EVENT : KESIHATAN PENGHADAMAN ANAK TERSAYANG

hi korang....

sebenarnya dah lama gila nak update pasal event yang attend ni...thanks to Dumex-Mamil for inviting me...
agak teruja untuk p ke event..almaklumlah kat Penang ni sangat2 lah jarang sekali ada event yang diorganize and invite bloggers...
hihi...tenkiu ya Mamil....

actually event ni berlangsung pada 1st of August yang lepas...dan berlangsung dekat Hotel Eastern & Oriental Penang..bila dapat2 ja invitation tengok dekat Hotel E&O terus ja agree...hihi...sebab dekat kan...rugi kalau tak p...


layan teh dulu...


makan-makan dulu before start event...





Majlis di hostkan oleh Aisyah Sinclair (mak aih cantiknya dia..kulit pun flawless ja nampak)
not only dat...she also shared her experience with her 2 kids...


Majlis drasmikan oleh Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Semasa majlis ni berlangsung antara isu-isu yang dibincangkan adalah kesihatan penghadaman anak-anak tersayang kita.


************************************************************************************************************************************


Penceramah jemputan Wendy Yeow Kim Sian, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik, dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya. Dalam talk ni, beliau ada menerangkan betapa pentingnya pengambilan air (masak) yang secukupnya dan jugak kepentingan fiber untuk penghadaman anak-anak kita.

“Kepelbagaian, keseimbangan dan kesederhanaan berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia adalah kekunci utama untuk nutrisi yang baik untuk kanak-kanak,” kata Yeow, yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang pemakanan klinikal.


boleh rujuk table kat bawah as reference untuk kita check balance ke tak pemakanan anak kita


Tambah beliau, panduan ini juga menekankan kepentingan minum air kosong yang mencukupi – kanak-kanak berusia antara 2-3 tahun harus minum 1-2 gelas air kosong sehari sementara yang berusia 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas sehari.

Kaitan antara Pemakanan dan Sembelit

Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak , dari memastikan penyerapan nutrien yang baik serta membantu fungsi imunisasi . Sebenarnya, 70% daripada sel imunisasi terletak dalam sistem penghadamaniv, yang bertindak sebagai sebahagian daripada baris pertahanan pertama tubuh dan juga sebagai penghalang bakteria merbahaya.

Justeru itu, masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak mungkin akan menjejaskan pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama menyebabkan masalah sembelit dan masalah pembuangan air besar.

“Ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit boleh bertambah teruk; apa lagi jika ia sembelit yang berulang atau menjadi tabiat. Ibu-ibu perlu menangani masalah ini dengan pantas dan efektif,” kata Yeow. “Selain daripada memastikan kanak-kanak mendapat air dan serat yang mencukupi dalam pamakanan harian mereka, masa tandas yang tetap dan makanan tambahan seperti susu untuk membesar yang diperkuat dengan prebiotik GOS dan IcFOS dapat membantu kesihatan penghadaman yang baik termasuk memudahkan pembuangan air besar.”

************************************************************************************************************************************

oklah...ni aku nak share few useful tips...
macam mana nak kenal pasti anak kita ada masalah penghadaman ka apa ka...
ya melalui stool dia..or poo poo dia or najis dia....

meh usha ni meh

pic courtesy to Dumex Mamil


eleh...geli ker?takyah nak geli sangat lah...bila anak kau 2 3 hari tak membuang..kompem kau akan rindu poo2 dia...poo2 dia ibarat mutiara tau dak...hahahah


ni pulak tips dari Mamil untuk healthy gut...korang boleh refer ok...

so masa event ni jugak ada sesi soal jawab dalam group..kami akan discuss psal masalah-masalah penghadaman anak..so untuk table aku.. luckily kami dapat org kuat Mamil...Jane Ee lagi...so banyak jugak dia shared pasal tips kesihatan penghadaman anak-anak. very useful sangat-sangat

lepas dari discussion tu....kami ada pulak sesi Ibu dan Make Up by Laura Mercier oleh Samson Chan yang juga seorang MUA..
kiranya dia ajar how mother can groom in 5 minutes gituu haaa...lepas ja dari tu..ada sesi bergambar berasmai-ramai...


group photo...


sesi memanjakan diri...tengah tunggu turn ...hihi


dan lagik kan......


kebetulan jumpa sepupu husband yg join event ni..apa lagik..harus la bergambaq kan...


cantiknya Aisyah..gemoknya aku!


amcam?lain tak lepas sesi manjakan diri dengan Laura Mercier? memang saja ja request kaler merah tu..bila lagi nak bagi org make up muka kita kan..Laura Mercier pulak tu....

yang bestnya diap dapat Goodies bag dari Mamil dengan Laura Mercier lagi....

thank you Mamil for inviting me....bagi korang yang nak tau lebih info pasal Mamil...boleh la click MAMIL
banyak tips pasal kesihatan anak korang boleh dapat kat situ...

10 comments:

  1. Assalam alia,
    best kaaaaaaaaaannnnn
    ghaser nak pergi lagi sekali jer kan3
    he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...
      Tu la kan...
      Best2....
      Harap2 byk lgi event dkt penang ni

      Delete
  2. ramai jugak blogger utara yg yoorin kenal pegi event ni.. bg chance laa kan kat luar kl.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la psal...jrg2 ada event kt luaq kl kan..
      Bg chance skit ...hihi

      Delete
  3. mekap alia mmg meletop hr tu...merah ang2 sm tema dgn mamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...sama tema ngn event ni dah....hihihj

      Delete
  4. bestnya sesekali orang pampering kita.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah best gila...slalu p mana2 bwak anak...ni sekali sekala lone ranger...ada org pampered plak tu...pnya la best

      Delete
  5. laura mercier hahaha.. x abes2 lg jeles dgn uols hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...jgn la jelessss....jom nnt join kalau ada lagi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png