Friday, December 9, 2016

Friso Gold: Anak Kuat Dari Dalam dan Luar dengan Friso Gold

Pernah dengar pasal sistem penghadaman yang baik mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak?

Kalau korang nak tau, sistem penghadaman yang baik bukan saja mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak tapi sistem penghadaman juga mempengaruhi pembesaran dan emosi anak-anak kita. Baik sistem penghadaman anak kita, In Sha Allah sehat la kesemuanya.



Sebagai seorang ibu, dah pasti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Untuk pengetahuan korang Friso Gold dengan Teknologi LocNutri.

Kalau korang nak tau, kebanyakkan makanan diproses ( processed food ) ni selalunya diproses dengan menggunakan haba yang tinggi dan menyebabkan kandungan nutrisinya seperti protein rosak. Sama la jugak halnya dengan susu formula.



Dan seperti yang kita sedia maklum, once protein tu rosak maka penyerapan ke dalam usus pun akak terganggu dan akan menyebabkan ketidak hadaman, senak, sembelit dan lain-lain masalah dengan penghadaman.


Untuk pengetahuan korang, Friso Gold dengan teknologi LocNutri telah dicipta untuk menyingkirkan masalah ini. Teknologi LocNutri menggunakan haba yang lebih rendah untuk memastikan protein berada dalam keadaan yang sepatutnya dan lebih natural kepada keadaan asal strukturnya.


Struktur asas protein.


Fungsi protein adalah penting untuk pembentukan struktur otot, kulit dan rambut. Antara fungsi lain protein adalah membentuk antibodi dan immunisasi kepada badan untuk memelihara si kecil kita agar sihat secara luaran dan dalaman.


Adriana Arissa ni kalau tengok-tengok balik dari segi perangainya seorang anak yang "adventurous", suka kan menda yang baru dan mencabar. Dan dia tak takut pun dengan ular macam mama dia πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘


Walaupun suhu di Busselton ketika ni mencecah 10 degree C tapi si Adriana kami ni tetap steady berlari ke sana sini sambil mengejar seagull. Mama dia dah mengigil kesejukkan walaupun lemak tebal berinchi-inchi tapi dia tetap steady!


Penting untuk kita as parents untuk memastikan anak-anak kita sihat dari segi dalaman dan luaran. Bila badan sihat daru segi dalaman dan luaran, secara automatiknya "confident level" anak kita juga akan bertambah. 

Dan sebagai parents juga, kami pilih untuk mencuba Friso Gold 4 untuk Adriana sebab yakin dengan nutrisi yang dikekalkan oleh Friso melalu teknologi LocNutri nya itu. 




Selain kandungan nutrisinya yang berkhasiat, rasa vanillanya juga turut menarik hati kami untuk mencuba kepada si Adriana ni.


Seronok bukan main dengan Friso Gold 4 ni.


Selain daripada memastikan si Adriana kesayangan kami dapat nutrisi yang sepatutnya dari pengambilan susu formulanya, kami juga turut menitik beratkan pengambilan;

  • Buah-buahan ( buah anggur, kiwi, pisang dan oren antara kesukaan Adriana..bagus sebab kesemua ni kaya dengan vitamin C semulajadi yang diperlukan)
  • Air masak secukupnya
  • Protein dari sumber makanan ( oh Si Adriana ni memang favourite dia makan ikan..sikit-sikit nak fish mama)
  • Sayur ( favourite dia mestilah carrot atau lobak merah)



Aktiviti luar rumah, mandi air hujan buatan sendiri. Seronok bukan main sekali sekala dapat mandi di luar rumah 😊😊😊




Dari segi luarannya pula, as parents kami turut mengalakkan Si Adriana untuk mencuba benda-benda baru seperti :

  • bermain dan bersukan di dalam indoor theme park yang banyak terdapat di mall-mall sekarang nk
  • Membela haiwan peliharaan : setakat sekarang ni kami cuma membela ikan guppy tapi kami dapat lihat bagaimana prihatinnya Si Adriana dengan ikan-ikan guppy peliharaan kami.
  • Menolong kerja-kerja rumah seperti mengemas permainan.
  • Menolong "gardening" di kebun balkoni kami.
  • Mendengar segala cerita yang disampaikan oleh Si Adriana ( let her speak what she wants to tell you by this way she will improve and boost her confident)


First time bawa basikal tapi da steady! Caya lah anak mama ni😚😚😚


Dengan pendedahan kepada benda-benda baru di luar yang berfaedah, si anak akan :
  • Kuat daru segi fizikan, emosi dan mental.
  • Berasa yakin dengan kepercayaan yang diberikan kita.
  • Perkembangan positif bila berada di persekitaran yang positif.

Sel-sel otak pesat berhubung. Ada saja aktiviti dia tak kira di dalam rumah atau di luar rumah.

Bagi korang-korang yang berminat dengan produk Friso Gold and berminat nak try sample Friso Gold, boleh la layari Friso Gold untuk maklumat yang lebih lanjut. 



Thursday, December 8, 2016

Fake Freckles Make up Look

Da masuk hari ke-12 berpantang, rindu nak make up. Rindu nak itu nak ini. Kalau make up kang mesti mama aku cakap buang tebiat la tu.

Tapi serius kot rindu nak make up. Lagi-lagi bila tengok team VIP RT pakat semua meroket. Mak terpaksa slow down dulu la sebab xda orang nak tolong poskan barang semua. So tak best rasanya kalau nak meroket tapi terbatas pulak kan.

In Sha Allah lepas pantang nanti, nak buat tutorial make up pulak. Rasa macam nak buat youtube tutorial untuk simple make up look apa bagai. But of course la kena tunggu beli notebook/lappy baru dulu. Yang ada tu pun outdated, hardware dah tak detect wifi la apa la. PC pulak susah nak angkut p mana-mana kan. So marilah kita menabung untuk lappy baru.

Untuk kali ni, nak tunjuk kat hampa semua dulu freckles make up look. Freckles tu jeragat tau. Selalunya freckles ni femes di kalangan mat salleh. Depa embrace freckles depa tapi orang melayu pulak suka nak pakai product pemutihan sampai naik jeragat bagai and then kalut nak hide freckles tuπŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘


Antara pelakon yang aku suka sebab cantik walaupun muka dia ada freckles.


Nampak cantik ja walaupun nampak tompok-tompok freckles.


Natural.


I like this make up look, walaupun maybe they fake the freckles, but stil i find this look is natural n sweet.




In Sha Allah nanti habis pantang kami try buat fake freckles make up look ni. Nampak cantik pulakπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™


Wednesday, December 7, 2016

Kesayangan dan cerita beranak cser

Tanggal 28 November pukul 8.23am, kami selamat melahirkan puteri kedua kami secara cserian. Dapat pulak 1st number sebab memang kena elective cser atas nasihat doctors. Memang cuak dia Allah saja yang tau.

Alhamdulillah both me n baby doing well now, and aku pun semakin recover sikit demi sedikit. Kalau masa Adriana dulu kesan cserian amik masa yang agak lama untuk aku recover, dalam 2 weeks jugak la baru dapat nak jalan elok. Dalam 2 weeks jugak baru dapat nak menyusu anak dengan baik. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dalam seminggu ni Alhamdulillah recover agak cepat.

And baby pun kali ni jaundice agak cepat hilang compared to kakak dia. Dalam 9 days, da clear jaundice baby. Kalau kakaknya dulu dalam 2 weeks plus plus jugak la baru nak ok. Bayangkan dengan sakit lepas cserian nak kena ulang alik ke hospital check kuning anak. Allahu, hanya Allah ja lah tau macam mana peritnya rasa time tu.


My princesses, Adriana Arissa & Aishah Arissa.


Muka dobot dobot yang bahagia dapat minum susu mama dia.


Si kakak yang tak abih-abih skit skit nak sayang adik dia. Harap-harap sampai ke tua ya mama nak tengok anak-anak mama sayang satu sama lain.

Ada orang suruh aku cerita experience pasal beranak cser, korang nak tau ke pasal cserian ni? Sakit tak? Aku maybe tak pernah rasa sakit macam mana beranak normal tu. Tapi aku rasa kalau terhiris jari dengan pisau masa potong bawang pun korang da nak nangis sakit apatah perut korang yang berlayer-layer ni kena lapah untuk keluarkan baby. 

And kalau korang nak tau cserian ni lagi la banyak risks dia. Pundi kencing korang boleh terkena masa tengah buat pembedahan tu, perut korang la takut nanti ada effect apa bagai. Sebab tu lepas cser nanti misi akan mai tanya kentut dakgi..kentut dakgi. Azab dia nak kena bangun dari katil masa second day tu hanya Allah saja yang tau. Tu belum cerita kalau nak bersin or batuk. Rasa nak tercabut semua-semua dalam perut tuπŸ˜‘

Dahla taknak cerita lagi pasal beranak cserian. Untungla sesiapa yang boleh beranak normalπŸ˜…. Bila pikiaq lagi kalau nak beranak, mesti kena cser lagi terus jadi seram sebab nak kena menghadap detik-detik sakit awal-awal lepas beranak tu. Tu belum cerita lagi nak kena jaga luka cser yang besar tu betul-betul. Takut infection ka apa ka. Tapi apa pun, syukur kan Allah bagi selamat dua-dua. Nikmat mana lagi yang kau nak dustakan, Alia oi.

Kalau yang nak tau sangat nikmat cser tu, boleh la cari youtube untuk tengok macam mana beranak cserian tu. Perasaan seram kena duduk kat katil sejuk tu ready nak kena siang hidup-hidup walaupun half anaes badan kan. But you still can rasa masa doctor tekan-tekan perut kau untuk keluarkan baby kesayangan korang.

Tapi bila anak keluar seketul tu and bila tengok tu terus rasa hilang sakit-sakit tu kejap( kejap ja lah..tipu kalau cakap hilang terus kan). 

Ok la tu ja nak cerita pasal cerita kesayangan kami suami isteri. Takpa la dik, asalkan adik sehat papa n mama dah syujur sangat-sangat. 

Tuesday, December 6, 2016

You Need A Holiday Lah | Ke Melbourne kah Kita by Traveloka

Dalam pantang-pantang ni banyak masa berehat ja lah kan. Time ni la nak rehatkan badan and recover balik. Mengandung sembilan bulan with hormones upside down buat energy cepat drained.

Tapi heran masa travel ke Perth hari tu masa perut 5 bulan lebih steady pulak. Siap boleh berlari lagi dalam KLIA masa terlepas flight Malindo. hihi. Kenangan sangat. Nasib la dapat tiket ganti sebab salah Malindo. Boleh refer sini untuk baca pengalaman terlepas flight kami. Serius kenangan sangat.

Tahun ni awal tahun sebelum disahkan mengandung sempat la berjalan-jalan ke Koh Lipe yang mana perjalanan dari Penang ke Pak Bara mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah macam tu ja. Hai rindu pulak pulau-pulau cantik kat Koh Lipe tu. No wonder la people called it as Thailand's Maldives. Nak p Maldives tak tau bila tahun dapat pi kan, so kita pi la ke Koh Lipe dulu. Tu pun da menggelupur lawa oiii.

Then bulan 5 macam tu husband ajak p ke Korea or Spore. I was like, no! Can we go somewhere else? And he was like where?
Cepat-cepat ja mulut ni jawab Perth. So he agreed. And i took part incharge in flight booking, hotels booking, itinerary n bla bla bla.

The Perth journey goes well except the missed flight issue ( yeah, we missed 1 day itinerary due to this issue). But Alhamdulillah everything goes well there eventho we went there during winter season.

Australia ni sentiasa dalam hati untuk travel. Be it Perth again ( rasa nk repeat sebab 1 week journey seems not enough for us to cover the whole Western Australia side) , Sydney, Melbourne, Adelaide or Gold Coast ke. Semua rasa nak p ja. Tapi tu la. Kalau dekat and exchange rate tu murah best la kan. Memandangkan exchange rate sekarang pun boleh tahan la, boleh menangis jugak bila tengok T____T

Tapi bila tengok Traveloka ada buat contest terus mata bersinar-sinar☺☺☺
Wink wink


Tengok Grand Prize tu. wink wink *

Kalau nak tau pilihan percutian kalau diberi pilihan untuk next time mestilah



Melbourne!
(Gambar sumber dari Google)

KENAPA MELBOURNE?

Salah satu sebabnya kenapa aku nak sangat ke Australia balik, sebab satu orang-orang dia and culture mereka yang sangat-sangat friendly. I feel welcome there! And Melbourne should be the next Australia's city i must visit!

Antara tempat-tempat yang ingin dilawati di Melbourne adalah;

1. Great Ocean Road



(Gambar sumber dari Google)

Teringin sangat nak datang sini and tengok keindahan alam sepanjang Great Ocean Road ni. Aku ni memang jenis suka tengok keindahan alam and cari tempat-tempat yang cantik sebab tu masa kat Perth tu kami tak stay kat area Perth sangat banyak travel ke luar Perth sampai ke Albany untuk cari tempat-tempat menarik macam The Gap and Natural Bridge.

2. Port Campbell Natural Park


Port Campbell Natural Park, must visit place kalau ke Melbourne! Hopefully i will get the chance to go there.

(Pic from Google)


Kan da cakap, i'm nature lover! This breath taking scenary is a must place to go in Melbourne!

( Pic from Google)

3. Twelve Apostles



Another must visit place in Melbourne! Twelve Apostles ni terlalu la cantik. Bila tengok gambar orang travel ke Melbourne mesti ada gambar ni. Alahai cantiknya!

Jeles la bila dengar mama and angah cerita pasal this beautiful places along Great Ocean Road ni. Mau nya tak, sebab memang betul-betul lawa kan. Subhanallah.

(Pics from Google)

4. The Nobbies | Philip Island


Mesti la ke sini sebab nak tengok anjing laut dan penguin. Hari tu kt Perth tak sempat nak p cari penguin. So kalau dapat ke Melbourne of course la nak kena mencari si penguin ni!

( Pic from Google)



5. Maru Koala & Animal Park




Maru Koala and Animal Park ni kiranya must visit gak la kalau ke Melbourne kan. Walaupun dah ke Caversham Wildlife Park masa kat Perth and pegang-pegang dah kangaroo and koala tapi kalau ke Australia lagi mesti la kena p jenguk lagi kan si cute-cute ni semua!

(Pic from Google)

6. Hosier Lane Melbourne Street Art



Must go and amik gambar di Melbourne City 😍😍😍.
Wajib kot. sesapa p ke Melbourne mesti akan ada gambar kat Hosier Lane Street Art ni.


7. Bathing Box Brighton Beach


Dan destinasi harus selfie banyak-banyak di Melbourne. Alahai cantiknya kan. 

(Pic dari Google)

Saturday, December 3, 2016

Tefal Manual Chopper, memudahkan kerja memasak

Masalah orang yang suka memasak tapi malas macam aku ni adalah preparation bahan-bahan mentah untuk memasak. Ehhh ada ka orang malas suka memasak?Ada!!! Aku la tu!

Hahaha. Masalah paling utama, sediakan bahan-bahan masak seperti bawang cili halia semua bagai. Lagi-lagi kalau nak kena blend ka tumbuk ka. Lagi-lagi kalau nak masak masakan kegemaran cili berlado! Nak masak sedap tapi malas gila nak tumbuk2 bagai. Dah nak tumbuk pun kadang-kadang pemalas, nak blend dengan blender pun kadang-kadang punya baloq. Sebab nya nanti nak kena pasang blender lagi, cuci blender, unplug blender bla bla bla.

Tapi baru-baru ni bila dapat Box of Joy dari Lazada, terus melompat woweeeee. Akhirnya orang pemalas macam i ni dapat la alat yang memudahkan kerja-kerja di dapor.


Tefal Manual Chopper
RM85.90

Sapo la nak bagi buto-buto ja kek ekau kan. Dapat ni bersyukur la Malaysia masih aman gitew. Ehhh?

Tapi apa pun Tefal Manual Chopper ni memang la tersangat-sangat best oi. Nak guna takyah susah-susah nak plug in, cuci n cabut plug n simpan bagai. Main tarik-tarik ja zasssss siapppp.


Sumbat ja dalam ni haa.


Nak ni main tarik-tarik ja. Tak ke senang gutu?


Nah tengok hasilnya. Ni kalau guna buat sambal belacan pun kira aci sangat la ni kan.

Jom tengok hasil-hasil masakan guna Tefal Manual Chopper yang memudahkan kerja i yang pemalas ni.


Sotong stim limau.


Daging jeruk berlado dengan sawi putih.


Nasi goreng cili padi.


Nah, memang memudahkan kan???
Aku pasti korang-korang yang setara tahap kemalasan dengan aku pun mesti suka gila dengan Tefal Manual Chopper ni.

Korang-korang yang nak dapatkan Tefal Manual Chopper ni boleh dapatkan di LAZADA ya

Oh ya, jangan lupa SALES kat LAZADA still ON tau.






Friday, December 2, 2016

6 Website Yang Anda Wajib Lawati


Cakap pasal teknologi, kita mesti tau kemudahan internet. Segala-segalanya mudah dan berinformatif, semuanya di hujung jari sahaja. Cukup dengan click-click, nah terbentang segala maklumat yang dikehendaki. 

Sejak dari zaman belajar di Uni lagi, internet merupakan medium yang paling mudah untuk aku mengakses segala informasi mengenai something. Hidup di zamab serba canggih ni, lecturers pun hantar and upload assignment dekat system ja, and dari system tu biasanya kita kena akses internet untuk tengok dan "download" apa assignment yang ditugaskan.

Bukan cuma assignment, dulu-dulu masa kt Uni as engineering student kadang-kadang bila "rajin" sangat tu, mula la malas nak buka buku engineering tebal-tebal kan. So banyak la tutorial-tutorial contoh calculation yang ada di internet. Serius memang suka sangat akses internet untuk buat kerja masa kat zaman Uni dulu.


Kalau korang nak tau, pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Korang mesti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.


Kat sini meh aku nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada ramai orang.

Jom kita check website-website tu 


1. Jawatan kosong

Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.




2. Jawatan kosong kerajaan 

Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.

3. Kerja Kosong 

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.



4. Saps Ibu Bapa 


Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.




5. APDM

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.



6. Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.



Kalau tengok enam-enam website yang dinyatakan di atas, kebanyakkannya memudahkan kita sebagai pencari maklumat especially tiga web terawal tu. Ketiga-tiga web terawal tu sangat-sangat membantu mereka-mereka yang tengah menganggur dan sedang mencari kerja. Bukan terhad untuk para penganggur saja, para ibu bapa yang nak pantau prestasi anak-anak kat sekolah lepas ni pun da mudah sangat-sangat kan.

Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu pembaca sedikit sebanyak. Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada semua. :)




Monday, November 28, 2016

Introducing....


Our second bundle of joy.
A baby girl.

Both mom n baby in a good health.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png